Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Mageran 2.0: Dr M Bukan Nyanyuk Tapi Mahu Berkuasa Semula

Kongsikan Artikel Ini

Pemuda PKR (AMK) mendakwa tindakan Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan kerajaan ala Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam menunjukkan hasrat bekas perdana menteri itu untuk kembali berkuasa.

Naib Ketua AMK, Thiban Subramaniam turut mempersoalkan kewajaran ahli parlimen Langkawi mencadangkan Mageran, memandangkan ia dilihat sebagai langkah ke belakang dan hanya memberi kesan buruk kepada negara.

Menurutnya, kebanyakan pihak pembangkang atau Umno sendiri mahukan proklamasi darurat ditamatkan dengan kadar segera.

“Beliau bukan nyanyuk, ini adalah strategi beliau untuk pastikan kerajaan tidak bertukar khususnya (Presiden PKR) Anwar Ibrahim tidak diangkat sebagai perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Mahathir mendedahkan dia mencadangkan penubuhan kerajaan al Mageran semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, isu siapa akan mengetuai Mageran tidak dibincangkan tetapi ahli parlimen Langkawi itu menawarkan bantuan jika dikehendaki kerajaan.

Sementara itu, Thiban berkata kenyataan Mahathir bahawa Anwar menelefonya  berhubung krisis semasa tetapi tiada penyelesaian, merupakan tindakan pemimpin Pejuang itu untuk memperlekehkan ahli parlimen Port Dickson.

“Ia diketahui umum bahawa menjadi kebiasaan kepada Tun M untuk terus perlekeh segala usaha Anwar Ibrahim dalam arena politik selama ini.

“Dendam kesumat beliau tidak pernah terpadam,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Pemimpin Umno menggunakan kiasan tiang gol bola sepak untuk mengecam Menteri Undang-Undang Takyuddin Hassan. Ini selepas Takiyuddin menegaskan bahawa kabinet tidak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniAhli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin mempersoalkan mengapa majikan perlu menampung kos pentadbiran dan tempat untuk vaksin Covid-19. Dia berkata kerajaan telah...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 13 Jun – Perang antara dua pemimpin daripada Umno dan Pas nampaknya berterusan seolah perdana menteri kerajaan haram, Muhyiddin Yassin...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Kenyataan Menteri Undang-Undang, Takiyuddin Hassan bahawa jemaah menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong sama ada proklamasi darurat perlu dilanjutkan atau tidak adalah...

Copyright © 2021 Media Rania