Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Peguam Dari Parti Disyaki Lesapkan Lebih RM200,000, Pas Perak Buat Laporan Polis

Kongsikan Artikel Ini

Lesap sejumlah RM238,625 yang diamanahkan oleh Pas Perak kepada seorang peguam untuk pembelian sebidang tanah seluas empat hektar.

Tanah yang dibeli itu sepatutnya akan dijadikan Kompleks Tarbiah Pas Perak serta beberapa lagi pembangunan.

Ekoran itu, Pas Perak hari ini membuat laporan polis terhadap peguam terbabit yang didakwa melarikan wang parti yang sepatutnya digunakan untuk pembelian tanah di Sri Iskandar.

Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria berkata, laporan polis itu juga bertujuan meminta peguam itu memulangkan semula wang tersebut.

“Urusan pembelian tanah itu sejak 2017 namun hingga tahun ini masih tidak selesai.

“Pas mengambil tindakan menguruskan sendiri pembelian tanah tersebut sehingga menjadi hak milik,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis.

Menurut Ahli Dewan Undangan (Adun) Gunung Semanggol itu, Pas Perak turut berulang kali menghantar surat menuntut peguam tersebut mengembalikan wang itu.

Walau bagaimanapun, jelas Exco kerajaan negeri berkenaan, peguam terbabit tidak mempedulikan tuntutan pihaknya menyebabkan Pas Perak bercadang mengambil tindakan undang-undang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel Ini Mahkamah AS mendakwa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low kerana menggunakan “saluran belakang” pada tahun 2017 untuk...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKOTA KINABALU, 10 Jun – Bekas pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR), Phillip Among mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniGoldman Sachs Group Inc diberikan masa 10 hari untuk membayar baki USD1.26 bilion (RM5.2 bilion) daripada penalti USD2.3 bilion atas peranannya dalam...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSebahagian daripada AS$250 juta yang diselewengkan daripada 1MDB digunakan oleh Riza Aziz dan dua yang lain untuk mendanai penerbitan filem, dakwa satu...

Copyright © 2021 Media Rania