Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Pangkalan Data Perlindungan Sosial Idea Asal Dr Wan Azizah – Zahir Hassan

Kongsikan Artikel Ini

1. Saya tertarik dengan berita kerajaan bakal mewujudkan Pengkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS) rentas agensi yang akan meliputi elemen pekerjaan, insurans sosial dan bantuan sosial.

2. Terima kasih kerajaan kerana menyambung inisiatif yang telah dimulakan oleh Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

3. Sewajarnya, kredit harus diberikan kepada Dato’ Seri Wan Azizah atas cadangan bernas ini.

4. Ketika itu, Dato’ Seri Wan Azizah mahu MAMPU atau Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mempunyai satu platform integrasi melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Majlis Agama, dan Pusat Zakat.


5. Matlamat platform itu adalah supaya ada ketelusan terhadap setiap bantuan yang disalurkan kepada penerima dan tiada lagi tangan-tangan ghaib penyebab ketirisan.

6. Nasihat saya kepada Perdana Menteri, adakan tender terbuka terhadap projek integrasi antara semua entiti ini.

7. Kita tentunya tidak mahu episod integrasi sistem lemah berulang seperti yang dihadapi oleh Mysejahtera dan sistem tempahan vaksin walaupun dengan nilai projek yang tinggi.

8. Syarikat yang berpengalaman perlu dilantik, dan kosnya tidak masuk akal jika bernilai RM70 juta.

9. Jangan guna kesempatan ini untuk menganugerahkan projek kepada kroni di kala rakyat sedang menderita. Semua ini tetap akan dipertanggungjawabkan apabila Parlimen dibuka semula kelak.

ZAHIR HASSAN
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN)
KEADILAN Wilayah Persekutuan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Pemimpin Umno menggunakan kiasan tiang gol bola sepak untuk mengecam Menteri Undang-Undang Takyuddin Hassan. Ini selepas Takiyuddin menegaskan bahawa kabinet tidak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniAhli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin mempersoalkan mengapa majikan perlu menampung kos pentadbiran dan tempat untuk vaksin Covid-19. Dia berkata kerajaan telah...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 13 Jun – Perang antara dua pemimpin daripada Umno dan Pas nampaknya berterusan seolah perdana menteri kerajaan haram, Muhyiddin Yassin...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Kenyataan Menteri Undang-Undang, Takiyuddin Hassan bahawa jemaah menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong sama ada proklamasi darurat perlu dilanjutkan atau tidak adalah...

Copyright © 2021 Media Rania