Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

Mohon Segera Bantuan Khas Zakat Covid-19 Pulau Pinang – Abdul Halim

Kongsikan Artikel Ini

BATU MAUNG, 10 Jun – Menyedari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 memberi kesan kepada ekonomi rakyat, ADUN Batu Maung, Dato’ Abdul Halim Hussain memaklumkan khabar gembira di laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Beliau memberitahu, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Zakat Pulau Pinang membuka permohonan bantuan untuk golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Program yang dinamakan Skim Bantuan Khas Zakat Covid-19 (SBKZC19) Fasa 3 menyediakan bantuan khas mengikut kategori berikut:

1. Pekerja gaji harian/bulanan

2. Pemandu teksi, e-hailing, van/bas sekolah

3. Peniaga pasar malam/pasar tani

4. Guru agama tanpa majikan/pendakwah bebas bertauliah

5. Keluarga/pesakit COVID-19 (sedang menjalani kuarantin)

Permohonan bantuan boleh dibuat melalui portal rasmi Zakat Pulau Pinang dengan klik pautan berikut:

BANTUAN KHAS ZAKAT COVID-19

Beliau yang merupakan EXCO Kerajaan Pulau Pinang menambah, permohonan bantuan tersebut mula dibuka sejak 8 Jun lalu dan tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Jun ini.

“Saya berdoa semoga Allah SWT memberi kemudahan dan kekuatan kepada kita untuk menghadapi musibah ini. Aaminnn,” katanya.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniIstilah membalak bersama ulamak kini menjadi sinonim dengan imej Kerajaan Pas Kelantan, terutama setelah tular pendedahan video memaparkan kemusnahan Air Terjun Lata...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniDakwaan pekebun kecil atau peneroka FELDA bahawa mereka tidak memperolehi sebarang keuntungan dengan kenaikan harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang berlaku ketika...

Negeri

Kongsikan Artikel IniMELAKA, 13 Jun – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka berharap agar siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan menggesa kerajaan menaikkan bantuan pemberian sekali beri (one-off) daripada RM500 kepada RM2,000. Jawatankuasa itu berkata...

Copyright © 2021 Media Rania