Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Kerana LEMBU Sekor, 127 Positif Covid-19

Kongsikan Artikel Ini

HULU TERENGGANU, 10 Jun – Padan muka.

Bagi bekas pesakit COVID-19, seperti Mohd Adli Mohamad dan anggota keluarganya, kecaman, persepsi negatif melampau dan disisihkan segelintir masyarakat adalah ‘lebih sakit dan derita’ berbanding pertarungan melawan COVID-19.

Mohd Adli, 36, mengakui beliau dan keluarganya kini seolah-olah “dihukum’ seluruh penduduk kampung, selepas seorang daripada ahli keluarganya, dikenal pasti sebagai kes indeks dalam kluster Matang, iaitu kluster terbesar COVID-19 di daerah Hulu Terengganu, ketika ini.

Keluarganya menjadi sasaran kemarahan orang ramai kerana dikatakan menjadi punca jangkitan 127 individu lain yang dikesan positif COVID-19 dan terus merebak ke tiga kampung berdekatan sehingga mencetuskan rantaian jangkitan kluster baharu yang lain.

“Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada masyarakat di Hulu Terengganu khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Telemong kerana kesukaran yang dihadapi mereka ketika ini, sentiasa hidup dalam kebimbangan disebabkan penularan COVID-19 yang begitu meluas dan pantas.

“Namun, apa yang terjadi bukan disengajakan, jauh sekali untuk menyakiti dan menjangkiti sesiapa. Harapan kami agar masyarakat tidak berterusan ‘menghukum’ keluarga kami kerana ia sangat mengganggu emosi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mengimbau detik bermulanya insiden berkenaan, Adli berkata kepulangan abang iparnya, ke Kampung Matang ketika Ramadan lepas, adalah kerana ingin memastikan isteri yang baru bersalin dapat menjalani tempoh berpantang dengan sempurna.

“Beliau mendapat kebenaran polis untuk melakukan perjalanan rentas negeri, malah telah melakukan ujian calitan dan disahkan negatif COVID-19, namun entah bagaimana beliau akhirnya positif penyakit itu tidak lama kemudian.

“Sekelip mata, seorang demi seorang daripada 48 ahli keluarga kami (termasuk keluarga abang ipar) disahkan positif dan terus menerima rawatan di hospital serta menjalani tempoh kuarantin di lokasi yang ditetapkan kerajaan. Mungkin ada kesilapan kami yang cuai dalam pergaulan menyebabkan ramai ahli keluarga dijangkiti COVID-19,” katanya.

Namun, apa yang membuat Mohd Adli terkilan ialah setelah semua ahli keluarganya pulih, penerimaan masyarakat terhadap keluarganya masih dingin, sehinggakan beliau pernah terfikir untuk membawa keluarganya berpindah ke tempat lain.

“Sangat menyedihkan apabila seorang daripada ahli keluarga kami yang ingin membeli barangan keperluan di kedai, namun tiada yang mahu berurusan kerana bimbang dijangkiti sedangkan beliau sudah pulih sepenuhnya dari penyakit itu.

“Akhirnya, beliau terpaksa meminta kebenaran pihak berkuasa untuk membeli segala barangan keperluan di tempat lain yang agak jauh dari kediaman sendiri kerana tidak mahu mencetuskan suasana tidak harmoni di kampung,” katanya.

Mohd Adli bagaimanapun tidak menyalahkan penduduk kampung terhadap layanan dingin mereka kerana akur ia berpunca dari salah faham berkaitan COVID-19.

“Walaupun telah diberi penerangan bahawa kami tidak lagi menjangkiti sesiapa selepas selesai menerima rawatan di hospital, segelintir penduduk kampung masih tidak dapat menerimanya dengan hati terbuka.

“Namun, kami tetap tabah dengan ujian ini dan berharap semuanya akan kembali normal,” katanya yang mahu semua rakyat Malaysia terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) agar tidak melalui pengalaman pahit seperti dialami keluarganya.

— BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniLANGKAWI, 14 Jun – Sektor pelancongan memainkan peranan yang penting dalam sumber pendapatan penduduk di Langkawi dan juga kepada kerajaan Kedah. Bagaimanapun,...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniIstilah membalak bersama ulamak kini menjadi sinonim dengan imej Kerajaan Pas Kelantan, terutama setelah tular pendedahan video memaparkan kemusnahan Air Terjun Lata...

Politik

Kongsikan Artikel IniTANJONG KARANG, 13 Jun – Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkaitan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniMELAKA, 13 Jun – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka berharap agar siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen,...

Copyright © 2021 Media Rania