Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

‘Kalau Dr M Masih Nak Tadbir Negara Kenapa Letak Jawatan PM’

Kongsikan Artikel Ini

Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang menyoal hasrat bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan masih berminat mentadbir negara, sedangkan dia melepaskan jawatan sebelum ini.

“Kalau Tun Mahathir masih berminat mentadbir negara, kenapa dia letak jawatan sebagai perdana menteri pada 24hb Feb 2020? #TakFaham,” ciapnya di Twitter, malam ini.

Terdahulu bekas Mahathir mendedahkan dia mencadangkan penubuhan kerajaan ala Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Agong tidak kata tidak, tetapi titah baginda, cadangan pembentukan Mageran harus datang daripada pihak kerajaan.

 

Katanya, isu siapa akan mengetuai Mageran tidak dibincangkan tetapi dia ada menawarkan bantuan jika dikehendaki kerajaan.

Untuk rekod Mahathir meletakkan jawatan pada 24 Feb tahun lalu selepas Bersatu bertindak meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

Presiden Umno, Mohamad Sabu pada ciapan di Twitternya pula berkata perjuangan pembangkang kini untuk menamatkan darurat yang terbukti gagal menangani Covid-19.

Najib: ‘Letak dalam kandang lembu’

“Perjuangan kita adalah untuk menamatkan darurat yang terbukti gagal menangani Covid-19 dan merosakkan sistem demokrasi.

“Kenapa perlu kepada darurat 2 (Mageran),” ciap bekas menteri pertahanan era PH.

Sementara itu, bekas perdana menteri Najib Razak secara sinis di Facebooknya mengimbau tindakan Mahathir dalam menangani pandemik Covid-19.

Katanya, Najib menyarankan kerajaan perlu menyekat pelawat dari China serta-merta untuk elak Covid menular ke Malaysia.

“Jawapan PM4/7/7i dan bakal PM9i (dicadang sendiri): Tak perlu sekat sebab keadaan Covid di Malaysia belum kritikal.

“Tak boleh kuarantin juga sebab nak letak mereka kat mana?

“Letak dalam kandang lembu,” tulis Najib dalam satu hantaran di Facebooknya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel Ini nak buat macamana… depa lanie bercakap dalam mulut ada dedak sagon taik ayam… tuu yg bunyi lain dah skrg nie…. ujian...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniIstilah membalak bersama ulamak kini menjadi sinonim dengan imej Kerajaan Pas Kelantan, terutama setelah tular pendedahan video memaparkan kemusnahan Air Terjun Lata...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniSetakat semalam, 13 Jun 2021, kes Covid19 di negara kita sudah mencecah angka 657,508 dan jumlah kematian pula seramai 3,908 orang. Semalam...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Pemimpin Umno menggunakan kiasan tiang gol bola sepak untuk mengecam Menteri Undang-Undang Takyuddin Hassan. Ini selepas Takiyuddin menegaskan bahawa kabinet tidak...

Copyright © 2021 Media Rania