Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

‘Hubungi Jika Ada Masalah’ – Dr Tan Yee Kew

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Penularan kes Covid-19 yang belum menampakkan tanda penurunan buat masa ini, mendorong Ahli Parlimen KEADILAN Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew menitipkan pesanan ikhlas buat semua.

Beliau yang berkongsi perasaan rakyat yang sedang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, bersedia untuk membantu mengikut kemampuan yang terhad.

Berikut merupakan pesanan beliau yang dikongsikan di laman Facebook rasminya sebentar tadi.

Selamat sejahtera warga Wangsa Maju, saya Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju.

Pada masa ini, kita semua sedang melalui satu tempoh sukar akibat pandemik Covid 19.

Namun begitu, percayalah krisis ini tetap akan berakhir satu hari nanti.

Oleh yang demikian, tetaplah kita terus cekal dan senantiasa positif.

Pada masa sama, saya menyeru anda terus lindung diri dan lindung keluarga.

Tidak perlu keluar rumah jika tiada sebarang urusan penting, khususnya warga tua dan kanak-kanak.

Pastikan anda dan ahli keluarga sudah mendaftar untuk mendapat suntikan vaksin.

Jika anda mempunyai sebarang masalah, hubungi saya di talian 019-9319116

Jaga diri dan tabahkan hati.

Laman Facebook Rasmi klik di sini 

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniIstilah membalak bersama ulamak kini menjadi sinonim dengan imej Kerajaan Pas Kelantan, terutama setelah tular pendedahan video memaparkan kemusnahan Air Terjun Lata...

Negeri

Kongsikan Artikel IniMELAKA, 13 Jun – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka berharap agar siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen,...

Negeri

Kongsikan Artikel IniIPOH, 12 Jun – Seorang pemimpin Pas ‘dihentam’ warga internet (netizen) kerana mengkritik penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan persekutuan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSELAYANG, 12 Jun – Pengumuman pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 semalam sehingga 28 Jun ini tidak mematahkan langsung semangat pemimpin...

Copyright © 2021 Media Rania