Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Gaji Menteri Besar, Exco Negeri Sembilan Dipotong Enam Bulan Lagi

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 10 Jun – Pemotongan gaji Menteri Besar dan barisan exco Negeri Sembilan sebanyak 10 peratus untuk disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana negeri akan disambung enam bulan lagi mulai Julai hingga Disember ini.

Sebelum ini, pemotongan itu bermula Januari sehingga Jun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, selain itu, elaun 1,716 penjawat awam negeri akan dipotong berdasarkan gred perkhidmatan iaitu gred 29 ke atas untuk disumbangkan ke akaun tersebut selama tiga bulan bermula bulan depan.

Dalam perkembangan lain, katanya, kerajaan negeri memperuntukkan RM6 juta bagi membantu golongan terjejas ekoran penularan pandemik COVID-19.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk program bantuan bakul makanan kepada 50,000 penerima, RM500,000 pengecualian bayaran sewa gerai manakala RM500,000 bagi pembelian alat oksigen untuk kegunaan di hospital COVID-19 di negeri ini.

“Pemberian bakul makanan itu diedarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan dan pusat khidmat rakyat masing-masing,” katanya pada sidang media secara maya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri semalam.

“Pengecualian bayaran gerai di bawah majlis bandar raya, majlis perbandaran dan majlis daerah di semua kawasan pihak berkuasa tempatan di negeri ini pula bagi tempoh Jun ini,” katanya.

Jelasnya peruntukan tersebut merupakan dana daripada RM10 juta yang diumumkan minggu lepas manakala baki RM4 juta akan disalurkan sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh ketika ini.

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniIstilah membalak bersama ulamak kini menjadi sinonim dengan imej Kerajaan Pas Kelantan, terutama setelah tular pendedahan video memaparkan kemusnahan Air Terjun Lata...

Negeri

Kongsikan Artikel IniMELAKA, 13 Jun – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka berharap agar siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen,...

Negeri

Kongsikan Artikel IniIPOH, 12 Jun – Seorang pemimpin Pas ‘dihentam’ warga internet (netizen) kerana mengkritik penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan persekutuan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSELAYANG, 12 Jun – Pengumuman pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 semalam sehingga 28 Jun ini tidak mematahkan langsung semangat pemimpin...

Copyright © 2021 Media Rania