Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Biden Selamat Tiba Di UK Awal Pagi Tadi

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 10 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tiba di United Kingdom bagi menghadiri sidang kemuncak G7 yang akan berlangsung di Cornwall bermula esok sehingga 13 Jun ini.

Pesawat Air Force One yang membawa Biden tiba kira-kira jam 7.45 petang waktu tempatan (2.45 pagi waktu Malaysia) dan selamat mendarat di Pangkalan Tentera Udara (RAF) Mildenhall di Suffolk, dekat sini dengan kawalan keselamatan ketat daripada Perkhidmatan Rahsia AS.

Lawatan ke UK adalah lawatan ke luar negara yang pertama bagi Biden sejak menjawat jawatan Presiden pada 20 Januari lalu.

Beliau dan Wanita Pertama, Jill Biden dijadual bertemu rakyat AS yang menetap di sini sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson esok.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 13 Jun – Pasukan saintis Britain memberi amaran negara ini boleh merekodkan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 100,000 kes sehari menjelang Julai....

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniCORNWALL, United Kingdom, 13 Jun – Pemimpin G7 semalam mendepani isu pengaruh China dan ancaman pandemik masa depan, menampilkan muafakat baharu Barat pada...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel Ini KABUL, 12 Jun – Afghanistan hari ini mengumumkan menutup semua institusi pendidikan di seluruh negara di tengah-tengah peningkatan jangkitan dan kematian...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel Ini Mahkamah AS mendakwa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low kerana menggunakan “saluran belakang” pada tahun 2017 untuk...

Copyright © 2021 Media Rania