Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Anwar Serah Dua Dokumen Kepada Al-Sultan Abdullah Semalam

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan dua dokumen ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu.

Maklumat itu dikongsi oleh sumber yang memaklumkan Presiden PKR itu menyerahkan dua dokumen penting berkaitan COVID-19 dan ekonomi negara.

“Beliau ada menyerahkan dua dokumen penting tentang cara menyelesaikan masalah COVID dan juga cara membangun semula ekonomi dan negara yang kian lumpuh.

“Ini merupakan komitmen Anwar bahawa beliau serius, komited dan mempunyai agenda yang jelas,” kata sumber tersebut kepada media.

Anwar dalam kenyataannya kepada media semalam berkata, isu pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan ketika menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu selepas sejam menghadap Seri Paduka Baginda.

“Itu (pembentukan kerajaan baharu) soal yang tidak berbangkit sekarang,” katanya kepada pemberita di pekarangan pintu 2 Istana Negara, semalam.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, selama sejam pertemuan dengan Seri Paduka Baginda, beliau turut mengemukakan pandangan berhubung penamatan Proklamasi Darurat.

Selain itu, Anwar berkata laporan dan dokumen sokongan turut dikemukakan kepada Al-Sultan Abdullah bagi pertimbangan baginda.

“Kita tengok semua langkah yang perlu dilakukan tidak memerlukan darurat. Kita merayu kepada Tuanku supaya menghalang penerusan ini sedaya upaya walaupun Tuanku tepat mengatakan jatuh kepada semangat Raja Berperlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri,” katanya.

Selain itu, turut dibangkitkan adalah mengenai pembukaan semula Parlimen dan keyakinan pelabur terhadap keadaan ekonomi negara.

Tambah Anwar, Al-Sultan Abdullah berlapang dada mendengar semua pandangan tersebut.

Dakwa Anwar, penerusan pelaksanaan Proklamasi Darurat tidak membantu mengurangkan jangkitan COVID-19, selain hanya membebankan rakyat khususnya golongan bawahan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Pemimpin Umno menggunakan kiasan tiang gol bola sepak untuk mengecam Menteri Undang-Undang Takyuddin Hassan. Ini selepas Takiyuddin menegaskan bahawa kabinet tidak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniAhli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin mempersoalkan mengapa majikan perlu menampung kos pentadbiran dan tempat untuk vaksin Covid-19. Dia berkata kerajaan telah...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 13 Jun – Perang antara dua pemimpin daripada Umno dan Pas nampaknya berterusan seolah perdana menteri kerajaan haram, Muhyiddin Yassin...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Kenyataan Menteri Undang-Undang, Takiyuddin Hassan bahawa jemaah menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong sama ada proklamasi darurat perlu dilanjutkan atau tidak adalah...

Copyright © 2021 Media Rania