Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

TERKINI – Anwar Menghadap Yang di-Pertuan Agong

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di perkarangan Pintu 2, Istana Negara di sini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi ini.

Kenderaan jenis Jaguar berwarna hitam yang membawa Ahli Parlimen Port Dickson itu memasuki pintu berkenaan jam 10.37 pagi bagi membolehkan Anwar menghadap Agong kira-kira jam 11 pagi.

Para wartawan sudah berkumpul sejak jam 7 pagi tadi bagi memberi liputan berkenaan pertemuan Agong dengan ketua-ketua parti politik bermula hari ini sehingga Jumaat.


Difahamkan pertemuan ini akan berlangsung selama sejam bagi membolehkan Agong mendengar pandangan Anwar terkait isu-isu semasa negara serta langkah-langkah perlu bagi pelaksanaan darurat diperkemaskan atau ditambah baik.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dijangka akan mempersembahkan beberapa isu penting antaranya isu Covid-19, pencerobohan ruang udara dan air serta lain-lain perkara.

Anwar menjadi pemimpin politik kedua selepas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin diterima menghadap Agong yang telah beredar sekitar jam 9 pagi tadi.

LAPORAN LANJUT MENYUSUL

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Pemimpin Umno menggunakan kiasan tiang gol bola sepak untuk mengecam Menteri Undang-Undang Takyuddin Hassan. Ini selepas Takiyuddin menegaskan bahawa kabinet tidak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniAhli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin mempersoalkan mengapa majikan perlu menampung kos pentadbiran dan tempat untuk vaksin Covid-19. Dia berkata kerajaan telah...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 13 Jun – Perang antara dua pemimpin daripada Umno dan Pas nampaknya berterusan seolah perdana menteri kerajaan haram, Muhyiddin Yassin...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Kenyataan Menteri Undang-Undang, Takiyuddin Hassan bahawa jemaah menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong sama ada proklamasi darurat perlu dilanjutkan atau tidak adalah...

Copyright © 2021 Media Rania