Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Skandal 1MDB: Unit Goldman Sachs Di Malaysia Akan Dihukum Atas Peranan Dalam Skim Penipuan

Kongsikan Artikel Ini

Goldman Sachs Group Inc diberikan masa 10 hari untuk membayar baki USD1.26 bilion (RM5.2 bilion) daripada penalti USD2.3 bilion atas peranannya dalam skim penipuan 1MDB, selepas unitnya di Malaysia dijatuhi hukuman pada Rabu, menurut pemfailan mahkamah.

Goldman Sachs mencapai perjanjian penangguhan pendakwaan dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) tahun lalu.

Pada Rabu, hakim daerah AS, Margo Brodie di Brooklyn, New York, dijangka memerintahkan unit bank itu di Malaysia membayar USD500,000 untuk kes itu.

Hukuman ke atas unit Goldman Sachs di Malaysia akan menyebabkan pembayaran lebih tinggi oleh bank berpangkalan di New York.

Goldman dan unitnya di Malaysia mengakui bersekongkol terbabit dalam skim lima tahun yang melanggar undang-undang antirasuah AS.

AS berkata, Goldman mendapat yuran lebih USD600 juta ketika melakukan pembayaran haram untuk pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi bagi mendapatkan dan mengekalkan perniagaan bagi bank itu daripada 1MDB.

Perjanjian itu membenarkan bank terbabit menunda pendakwaan selagi ia terus bekerjasama dengan AS dan menyerahkan laporan pematuhan.

Goldman berkata, ketika perjanjian itu diumumkan, ia lega boleh berhenti memikirkan perkara itu untuk menyelesaikan siasatan kerajaan dan kawal selia.

Butiran tarikh akhir 10 hari untuk Goldman membuat pembayaran itu terkandung dalam pemfailan 4 Jun lalu oleh kerajaan di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 13 Jun – Pasukan saintis Britain memberi amaran negara ini boleh merekodkan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 100,000 kes sehari menjelang Julai....

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniCORNWALL, United Kingdom, 13 Jun – Pemimpin G7 semalam mendepani isu pengaruh China dan ancaman pandemik masa depan, menampilkan muafakat baharu Barat pada...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel Ini KABUL, 12 Jun – Afghanistan hari ini mengumumkan menutup semua institusi pendidikan di seluruh negara di tengah-tengah peningkatan jangkitan dan kematian...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel Ini Mahkamah AS mendakwa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low kerana menggunakan “saluran belakang” pada tahun 2017 untuk...

Copyright © 2021 Media Rania