Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Presiden Perancis Kena Pelempang

Kongsikan Artikel Ini

TAIN-LHERMITAGE, 9 Jun – Presiden Perancis, Emmanuel Macron dilempang di muka oleh seorang lelaki pada Selasa, semasa lawatannya ke sebuah bandar di tenggara negara itu.

Pejabat Macron mengesahkan kejadian berkenaan setelah video mengenainya tular di media sosial.

Macron dilihat mendekati orang ramai di sebalik pagar di bandar Tain-I’hermitage setelah mengunjungi sekolah menengah yang melatih pelajar bekerja dalam sektor hotel dan restoran.

Seorang pengawal peribadi yang berdiri tepat di belakang Macron sempat mengangkat tangan untuk mempertahankan Macron, namun hanya lewat beberapa saat sebelum beliau ditampar.

Pengawal itu kemudian memeluk Macron untuk tujuan perlindungan.

Agensi berita Perancis, BFMTV menyatakan, polis menahan dua orang termasuk lelaki yang menampar Macron dan seorang lagi yang membuat rakaman kejadian.

Macron tidak memberi komen lanjut mengenai insiden itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 13 Jun – Pasukan saintis Britain memberi amaran negara ini boleh merekodkan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 100,000 kes sehari menjelang Julai....

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniCORNWALL, United Kingdom, 13 Jun – Pemimpin G7 semalam mendepani isu pengaruh China dan ancaman pandemik masa depan, menampilkan muafakat baharu Barat pada...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel Ini KABUL, 12 Jun – Afghanistan hari ini mengumumkan menutup semua institusi pendidikan di seluruh negara di tengah-tengah peningkatan jangkitan dan kematian...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel Ini Mahkamah AS mendakwa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low kerana menggunakan “saluran belakang” pada tahun 2017 untuk...

Copyright © 2021 Media Rania