Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Majlis Keselamatan PBB Sokong Guterres

Kongsikan Artikel Ini

NEW YORK, 9 Jun – Cemerlang?

Pelantikan Antonio Guterres sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk penggal kedua mendapat sokongan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Wakil Tetap Estonia ke PBB yang juga Presiden UNSC bagi Jun, Sven Jurgenson, mengumumkan sokongan lantikan itu selepas satu sidang tertutup majlis berkenaan.

Dalam sidang tertutup itu, katanya, UNSC mencapai persetujuan secara sebulat suara menyokong pelantikan Guterres bagi penggal kedua dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026.

“Selepas mempertimbang persoalan berhubung pelantikan Setiausaha Agung PBB, UNSC mencadangkan kepada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) supaya Antonio Guterres dilantik ke jawatan itu bagi penggal kedua mengikut Resolusi 2580.

Jurgenson berkata, UNGA dijangka mengadakan satu sesi persidangan pada 18 Jun ini berhubung pelantikan Guterres.

Tambah beliau, Guterres menjadi calon tunggal bagi mengisi jawatan itu selepas tiada negara mencadangkan individu lain sebagai pencabar.

“Guterres berjaya membuktikan dirinya layak untuk memegang jawatan ini berdasarkan prestasinya selama hampir lima tahun menjadi Setiausaha Agung PBB.

“Kita semua sudah melihat bagaimana beliau berkhidmat, saya berpandangan beliau menunjukkan prestasi yang cemerlang sebagai Setiausaha Agung.

“Beliau adalah pembina hubungan antarabangsa dan ramai memuji pandangannya berhubung zon konflik,” katanya.

Sementara itu, Guterres menzahirkan penghargaan kepada UNSC atas sokongan berkenaan.

“Keputusan UNSC hari ini untuk mencadangkan saya mengisi jawatan Setiausaha Agung PBB untuk penggal kedua adalah satu penghormatan buat saya.

“Saya berterima kasih kepada anggota majlis atas kepercayaan mereka. Saya juga ingin berterima kasih kepada Portugal yang mencalonkan saya sekali lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Guterres, 72, menjadi Setiausaha Agung PBB ke-9 pada 2017, selepas memegang jawatan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian selama 10 tahun selain pernah menjadi Perdana Menteri Portugal dari 1995 hingga 2002. – AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 13 Jun – Pasukan saintis Britain memberi amaran negara ini boleh merekodkan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 100,000 kes sehari menjelang Julai....

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniCORNWALL, United Kingdom, 13 Jun – Pemimpin G7 semalam mendepani isu pengaruh China dan ancaman pandemik masa depan, menampilkan muafakat baharu Barat pada...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel Ini KABUL, 12 Jun – Afghanistan hari ini mengumumkan menutup semua institusi pendidikan di seluruh negara di tengah-tengah peningkatan jangkitan dan kematian...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel Ini Mahkamah AS mendakwa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low kerana menggunakan “saluran belakang” pada tahun 2017 untuk...

Copyright © 2021 Media Rania