Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Serena Dan Federer Tambah Drama Terbuka Perancis

Kongsikan Artikel Ini

PARIS, 7 Jun – Lagi bintang tenis terkenal tersingkir seawal pusingan ketiga.

Hasrat Serena Williams untuk menyamai rekod meraih gelaran Grand Slam buat kali ke-24 berakhir di aksi 16 terakhir Terbuka Perancis tatkala sebelum itu Roger Federer mengumumkan penarikan diri pada penampilan terakhirnya di Roland Garros.

Serena, 39, masih kurang satu lagi kejuaraan untuk menyamai rekod Margaret Court, pemain paling banyak meraih gelaran Grand Slam, selepas tunduk 3-6, 5-7 kepada wakil Kazakhstan yang juga pemain pilihan ke-21, Elena Rybakina.

Federer pula memilih untuk menarik diri bagi membolehkannya menjaga tahap fizikal untuk saingan Grand Slam Wimbledon.

Serena kali terakhir muncul juara di Roland Garros pada 2015 dan tidak pernah melepasi lebih daripada pusingan keempat di Paris sejak tumpas di perlawanan akhir tahun 2016.

“Ia sebenarnya sangat hampir. Banyak mata boleh saya peroleh yang mampu mengubah keputusan perlawanan.

“Bagaimanapun, saya tidak meraih setiap mata berkenaan. Sekaligus tidak mampu untuk mengubah keputusan,” kata Serena.

Sebelum itu, Federer membuat keputusan untuk menarik diri dalam penampilan terakhirnya di Terbuka Perancis, selepas tidak mahu berdepan risiko terhadap kecederaan lutut yang pernah dialaminya 18 bulan lalu.

Federer, yang juga juara Grand Slam sebanyak 20 kali dan akan menjangkau usia 40 tahun Ogos ini bertarung selama tiga jam setengah untuk mara ke 16 terakhir.

“Selepas berbincang dengan pasukan saya, saya membuat keputusan untuk menarik diri dari Roland Garros.

“Selepas melakukan dua pembedahan di lutut dan setahun menjalani pemulihan, ia sangat penting untuk menjaga tahap fizikal agar dapat kembali mempersiapkan diri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniPARIS, 13 Jun – Menepati ramalan, pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic menjuarai Terbuka Perancis 2021 setelah menewaskan pemain Greece, Stefanos Tsitsipas...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 13 Jun – Penyerang England, Raheem Sterling memastikan skuad Three Lions memulakan kempen Euro 2020 dengan sempurna apabila jaringannya memastikan kemenangan...

Sukan

Kongsikan Artikel IniCOPENHAGEN, 12 Jun – Pemain tengah bola sepak Denmark, Christian Eriksen rebah tiba-tiba ketika pasukannya menentang Finland dalam aksi EURO 2020 dalam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniPARIS,12 Jun – Barbor Krejcikova meraih gelaran juara Grand Slam selepas menewaskan pemain Rusia, Anastasia Pavlyuchenkova dengan keputusan 6-1, 2-6, 6-4 pada...

Copyright © 2021 Media Rania