Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Mengapa Rakyat Malaysia Sendiri Disampahkan?

Kongsikan Artikel Ini

SOALAN-SOALAN YANG PERLU DIJAWAB PIHAK-PIHAK BERKENAAN:

1. Dalam waktu negara menghadapi krisis Covid 19, kadar pengganguran meningkat dan peluang pekerjaan menjadi semakin terhad dan amat susah.

2. Dengan itu rakyat Malaysia mengharapkan tindakan yang sewajarnya dari kerajaan hari ini antaranya memberi dan menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya untuk rakyat Malaysia.

3. Malangnya apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya. Bukan warganegara lebih diutamakan dalam mengisi kekosongan jawatan.

4. Raja Idris Kamaruddin yang merupakan seorang warga negara Britain telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Getah Malaysia oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen PAS dari Terengganu.

5. Adakah negara Britain akan memberi layanan yang sama kepada rakyat kita dalam senario ekonomi hari ini?

6. Lebih luar biasa lagi Raja Idris juga telah dilantik sebagai Pengerusi TDM BHD dan juga Pengerusi dan Pengarah beberapa lagi syarikat GLC utama di Terengganu oleh kerajaan PAS Terengganu. Di percayai di Terengganu sahaja beliau memegang belasan jawatan utama.

7. Persoalan orang ramai adakah Raja Idris seorang tokoh koporat negara yang terkenal luarbiasa hebat hingga diberi begitu banyak jawatan dengan gaji puluhan dan mungkin ratusan ribu?

8. Mengikut pengetahuan kami syarikat TDM BHD telah mengalami kerugian yang tinggi pada 4 tahun yang lepas dan diberitakan tidak mengemukakan penyata kewangan selama 3 tahun yang lepas kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

9. Pertanyaan kami sejak tahun lepas kenapa tiada penyata TDM untuk 3 tahun yang lepas tidak dijawab. Dimanakah pengurusan yang cekap dan kehebatannya beliau di TDM?

10. CEO TDM BHD, Zainal Abidin Shariff telah meletak jawatan pada tahun 2020 lepas kerana tidak bersetuju dalam beberapa isu dengan Raja Idris.

11. CFO TDM juga telah meletakan jawatan. TDM BHD mempunyai pelaburan besar ladang kelapa sawit.

12. Kalau perniagaan TDM Bhd yang mempunyai kepentingan pelaburan besar ladang kelapa sawit pun mengalami kerugian dan pengurusan yang tidak sihat dibawah Raja Idris, apakah harapan sumbangan positif perlantikan beliau untuk mengurus ladang kebun getah seluruh Malaysia di bawah LGM pula?

13. Adakah pimpinan PAS, yang kini makin kelihatan rapat dengan kumpulan nasionalis, juga mempunyai mentaliti mengagumi warga asing dari negara barat yang pernah menjajah kita, seperti Raja Idris Kamaruddin?

14. Apakah keistimewaan atau rasional melantik Raja Idris, yang tiada track record cemerlang atau luar biasa, memegang jawatan dalam begitu banyak syarikat, di Terengganu dan Malaysia, selain dari beliau merupakan warga Britain?

15. Tiadakah ada anak jati warga Malaysia yang berkelayakan serta berkebolehan dan yang tidak memegang jawatan begitu banyak syarikat?

16. Pertanyaan sama juga datang dari anak anak kelahiran Terengganu yang menyoal perlukah Raja Idris mengambil begitu banyak jawatan syarikat di Terengganu yang boleh disandang oleh anak tempatan?

17. Apakah rahsia keistemewaan Raja Idris, warga Britain ini, yang menjadi kesayangan pimpinan PAS mengatasi kasihnya pada anak jati Malaysia dan Terengganu yang menganggur di bumi negara sendiri hari ini?

18. Adakah kita ingin membenarkan peribahasa ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’ di tengah tengah wabak Covid 19 yang tidak nampak penghujungnya?

19. Tidak layak atau tidak adakah anak tempatan Malaysia yang memahami ladang getah dan kelapa sawit yang kedua duanya berasal dari bumi kita ini yang dahulu di kenali sebagai Malaya oleh pihak British?

20. Rakyat Terengganu merasa sangat terhina apabila seorang anak Menteri Besar Terengganu mengeluarkan perkataan “RAKYAT SAMPAH”, yang ‘secara kebetulan’ hampir sama dengan sikap serta tindakan pimpinan PAS Terengganu terhadap rakyat sendiri, sementara warga asing diberi keistimewaan.

21. Adakah ini sikap sebuah kerajaan Melayu Islam PAS yang sanggup membiarkan anak tempatan kehilangan beberapa banyak jawatan peluang perkerjaan yang dibolot oleh seorang warga Britain yang tidak terbukti kepakaran atau keistimewaannya?

SENATOR DATO’ RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Terengganu

Pengerusi Amanah Negeri Terengganu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN Oleh: Razeef Rakimin Ahad 04 Disember 2022 SANUSI KETERLALUAN LABEL PENYOKONG SENDIRI SEBAGAI PENGEMIS, BODOH Saya...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 4 Dis – Terasa lucu pula bila membaca kenyataan Mahiaddin Md Yasin yang mengecam susunan kabinet Anwar Ibrahim sebagai paling mengecewakan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 2 Dis – Subsidi dan pembaharuan fiskal dijangka menjadi cabaran paling besar kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10,...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Dis – Meneliti perbualan telefon Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah beberapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER