Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

#KerajaanGagal: Harga Minyak Masak Naik Melambung, KPDNHEP Jangan ‘Tutup Mata’

Kongsikan Artikel Ini

Kumpulan pengguna mendesak kerajaan segera campur tangan dalam isu kenaikan mendadak harga minyak masak sehingga lebih RM30 bagi 5kg.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu membuka mata serta melihat sendiri “keperitan sebenar” yang dihadapi pengguna ketika ini.

“Siasatan perlu dilakukan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kenaikan ini berlaku dan pada masa sama memastikan ia tidak terus berleluasa,” katanya kepada media.

Malah, beliau berkata, kerajaan harus mempertimbangkan minyak masak yang dibotolkan dalam pelbagai saiz dimasukkan dalam senarai harga barangan kawalan supaya rakyat tidak terus menderita.

“Pengguna sudah tertekan dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang mengehadkan sumber pendapatan mereka, malah dalam tempoh berkurung juga, kita lihat trend penggunaan minyak masak adalah tinggi kerana tempoh berada di rumah lebih lama berbanding sebelum ini.

“Tidak patut pengguna terus diseksa dengan pelbagai kenaikan harga barangan asas yang ternyata tidak munasabah,” katanya.

Tinjauan media di beberapa lokasi sekitar Selangor juga mendapati harga minyak masak 5kg ketika ini dijual pada harga RM28.90 hingga 31.90. Harga itu meningkat hampir RM5 setiap botol berbanding RM23.90 hingga RM27.90 pada Ramadan lalu.

Seorang pengurus stor sebuah pasar raya di Malim Jaya, Melaka, yang dikenali sebagai Nor Fazilah berkata, kenaikan itu berlaku sejak minggu lalu.

“Ya, memang ada peningkatan sejak minggu lalu. Pembekal maklumkan ia berpunca daripada kenaikan kos syarikat pengeluar,” katanya kepada media.

Selain minyak masak sawit, katanya, minyak masak pelbagai jenis juga mengalami sedikit peningkatan, antaranya minyak jagung dan bunga matahari.

Peningkatan harga minyak masak itu tidak sejajar kenyataan KPDNHEP sebelum ini yang mendakwa harga barangan asas ketika ini menunjukkan trend penurunan sepanjang PKP penuh yang berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER