Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Sergio Perez Curi Kesempatan Juarai GP Azerbaijan

Kongsikan Artikel Ini

BAKU, 6 Jun – Kesempatan terbaik diambil pelumba Red Bull Racing, Sergio Perez yang menjuarai Formula 1 Grand Prix (GP) Azerbaijan dengan Max Verstappen dan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton kedua-duanya gagal menamatkan perlumbaan.

Sebastian Vettel yang beraksi bersama Aston Martin serta Pierre Gasly (Alpha Tauri) masing-masing melengkapkan podium untuk berada di kedudukan kedua dan ketiga.

Verstappen mengalami kemalangan lima pusingan sebelum tamat perlumbaan. Hamilton pula gagal meneruskan saingan ketika perlumbaan dimulakan semula.

Drama yang berlaku di Baku hari ini menyaksikan Verstappen masih mendahului Hamilton dalam kedudukan kejuaraan pemandu dengan hanya dipisahkan empat mata.

Vettel kini meraih 105 berbanding Hamilton 101 selepas GP Azerbaijan.

Manakala untuk Perez pula, ia adalah kemenangan pertamanya sejak menyertai Red Bull.

“Saya sangat gembira hari ini. Kebiasaannya Baku sememangnya sangat mencabar tetapi saya bersimpati dengan Max.

“Dia berhak untuk memenangi perlumbaan hari ini dan pastinya menarik untuk pasukan jika dapat meraih penamat satu dua,” kata Perez.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniPARIS, 13 Jun – Menepati ramalan, pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic menjuarai Terbuka Perancis 2021 setelah menewaskan pemain Greece, Stefanos Tsitsipas...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 13 Jun – Penyerang England, Raheem Sterling memastikan skuad Three Lions memulakan kempen Euro 2020 dengan sempurna apabila jaringannya memastikan kemenangan...

Sukan

Kongsikan Artikel IniCOPENHAGEN, 12 Jun – Pemain tengah bola sepak Denmark, Christian Eriksen rebah tiba-tiba ketika pasukannya menentang Finland dalam aksi EURO 2020 dalam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniPARIS,12 Jun – Barbor Krejcikova meraih gelaran juara Grand Slam selepas menewaskan pemain Rusia, Anastasia Pavlyuchenkova dengan keputusan 6-1, 2-6, 6-4 pada...

Copyright © 2021 Media Rania