Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Anwar: Proses Vaksinasi Lembab Tunjuk Ketidakmampuan Pemerintahan

Kongsikan Artikel Ini

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap percanggahan keputusan antara menteri, ketidaktentuan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh dan kelembapan dalam isu vaksin menunjukkan ketidakmampuan pemerintah sekarang ini.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, kerajaan diibaratkan seperti samseng apabila mendera dan menahan golongan pengkritik dengan menggunakan alasan darurat sedangkan ia sepatutnya digunakan untuk melicinkan pengurusan terhadap pandemik Covid-19.

“Ini negara apa, kepimpinan samseng? Guna darurat untuk licinkan pentadbiran tetapi dera rakyat. Masalah kelembapan vaksin, mereka kata Selangor sudah diberikan 2.9 juta vaksin yang nasib baik dijelaskan kerajaan Selangor jumlahnya hanya lebih 600,000.

“Mereka kata akan dapat vaksin Mac dan suntik 75,000 namun yang dapat hanya 25,000 kemudian naik 45,000 pada April. Dengan jangkaan sekarang ini dan ikut unjuran tidak mungkin (pemberian vaksin) selesai akhir tahun,” katanya ketika menyampaikan amanat khas Presiden PKR secara langsung menerusi laman Facebooknya pada Ahad.

Amanat khas itu bagi menggantikan perasmian Kongres KR yang sepatutnya berlangsung pada Ahad namun atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) ia ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Dalam pada itu, Anwar juga mengulangi pendirian Pakatan Harapan (PH) akan meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang didakwanya dibarisi pemimpin rakus serta tamak kuasa.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER