Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

DUN Sarawak: Pembubaran Digantung Hingga Tamat Darurat

Kongsikan Artikel Ini
Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang matang hari ini dilanjutkan sehingga proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos depan.
Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar  berkata,  notis lanjutan itu telah dihantar kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh menerusi emel hari ini.
Notis tersebut turut memaklumkan Pilihan Raya Negeri akan diadakan pada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri Sarawak.
“Namun  disebabkan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong yang berkuat kuasa pada 11 Januari 2021 dan juga penggubalan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 peruntukan undang-undang di dalam Perlembagaan Negeri Sarawak khususnya berkaitan dengan kuasa-kuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak serta mengadakan pilihan raya telah digantung dan tidak mempunyai kesan menerusi Seksyen 13 dan 15 Ordinan tersebut,” kata Asfia dalam satu kenyataan hari ini.
DUN Sarawak sepatutnya dibubarkan hari ini berdasarkan mesyuarat pertama pada 7 Jun 2016 yang diadakan selepas Pilihan Raya Negeri Ke-11.
Penggantungan mengenai pembubaran dan pilihan raya negeri akan terus kekal selagi mana pengisytiharan darurat berkuat kuasa.
Bagaimanapun, kedua-dua itu juga memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan pembubaran DUN bagi sesuatu negeri termasuk Sarawak dan juga tarikh pilihan raya, jika pada pendapat Baginda adalah sesuai bagi DUN tersebut dibubarkan dan pilihan raya diadakan dalam tempoh darurat, jelas Asfia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER