Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Utamakan Isu Kesihatan, Ekonomi Dan Anak Muda – AMK

Kongsikan Artikel Ini
Kerajaan perlu mengambil kira isu kesihatan, ekonomi dan anak muda dengan lebih mendalam dan serius, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Jelasnya, pengharapan anak muda perlu dinilai dan diteliti sebaiknya walaupun pandangan itu mungkin panas dengan menegur kerajaan secara terbuka.
“Sebab itu kepada kerajaan, jangan hanya sekadar memberi alasan, memberi pelbagai sebab untuk berdalih dan tidak mahu lakukan sesuatu itu dengan betul-betul berkomitmen,” katanya semasa ucapan penggulungan dan penangguhan Kongres Nasional Tahunan AMK 2020 secara maya pada Sabtu.
Dalam pada itu jelasnya, pendekatan anak muda sentiasa keras dan sentiasa menyentuh soal ideologi serta prinsip.
Ujarnya, kesedaran politik perlu bermula lebih awal dengan usul menurunkan had umur AMK kepada 16 tahun.
“Saya tahu benda ini ada cabarannya, ada yang disebut bahawa had yang ditetapkan 18 tahun itu berdasarkan RoS,” tegasnya.
Katanya, anak muda juga perlu dilibatkan lebih banyak peranan terutama dalam isu Undi18 yang hangat diperkatakan kini.
Terdahulu, semasa ucapan dasar, Akmal melihat sebarang cadangan menamakan inidividu lain selain Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, disifatkan sebagai sekadar usaha memecahbelahkan Pakatan Harapan.
Tegasnya, tindakan mencurigakan umpama ‘sebelah tangan bersalam dan sebelah tangan lagi memegang pisau’ mestilah dijauhkan dalam gabungan itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 5 Dis – China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran lebih lanjut bagi beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia seawal Rabu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER