Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Tangguh Kongres KEADILAN: Anwar Sampai Amanat Jam 11 Pagi

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat berucap pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan ke-15 esok berikutan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menangguhkan kongres tersebut pada saat akhir.

Ketua Setiausaha Pengelola merangkap Pengarah Kongres, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keputusan itu dibuat setelah KEADILAN menerima surat dari MKN dan makluman lisan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 4 Jun lalu pukul 6.21 petang.

Bagaimanapun, katanya, arahan terbaharu MKN itu bercanggah dengan surat mereka bertarikh 27 Mei lalu yang telah menyatakan MKN tiada halangan terhadap penganjuran kongres berkenaan secara dalam talian sepenuhnya.

“KEADILAN membantah keras tetapi terpaksa akur dengan arahan ini dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah membuat keputusan untuk menangguhkan kongres nasional parti ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

“Butiran keputusan ini akan diumumkan oleh Anwar Ibrahim dalam amanat khas esok menerusi Facebook Live parti pada 11 pagi, esok.

“Beliau turut menyentuh isu ekonomi dan Covid-19 serta perkembangan politik terkini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kongres KEADILAN berlangsung selama tiga hari bermula semalam dengan ucapan oleh Pengerusi Majlis Penasihat parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, diikuti ucapan dasar Ketua Wanita, Fuziah Salleh.

Kongres Angkatan Muda KEADILAN (AMK) bersidang hari ini diketuai Ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sepatutnya dan diakhiri dengan ucapan dasar oleh Anwar Ibrahim esok.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER