Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

MKN: PKR Boleh Tangguh Kongres Nasional Sehingga 30 Jun

Timbalan Pengerusi Tetap PKR
Kongsikan Artikel Ini

Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Sabtu menjelaskan bahawa Kongres Nasional PKR ke-15 yang dijadual Ahad boleh ditangguhkan sehingga 30 Jun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir berkata, ia berdasarkan pandangan yang diterima parti berkenaan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkenaan perkara itu.

“Dalam satu surat dihantar kepada pengurusan PKR, MKN telah memaklumkan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan juga pandangan daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), Kongres Nasional PKR boleh dilaksanakan berdasarkan SOP yang telah ditetapkan.

“Bagaimanapun, oleh kerana PKR telah mendapat pandangan daripada RoS bahawa mereka boleh menangguhkan kongres mereka sehingga 30 Jun ini, MKN melihat pandangan tersebut lebih sah bergantung kepada keadaan semasa iaitu kita sedang melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh,” katanya ketika dihubungi Bernama TV di sini pada malam Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai Kongres Nasional PKR secara dalam talian pada Ahad.

Terdahulu, Pengarah Kongres Nasional PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan pada Sabtu, memaklumkan PKR telah menerima surat daripada MKN dan makluman lisan daripada RoS, masing-masing pada jam 6.21 petang Jumaat yang mengarahkan tersebut ditangguhkan.

Tanpa memperincikan sebab persidangan berkenaan diarah ditangguhkan, Setiausaha Pengelola PKR itu berkata, arahan terbaharu itu bertentangan dengan surat MKN bertarikh 27 Mei lepas menyatakan tiada halangan terhadap penganjuran kongres yang diadakan sepenuhnya dalam talian.

“PKR merakam bantahan keras tetapi terpaksa akur dengan arahan ini dan Majlis Pimpinan Pusat telah membuat keputusan untuk menangguhkan Kongres Nasional parti ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

“Butiran keputusan akan diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam amanat khas menerusi Facebook parti pada jam 11 pagi esok,” katanya yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa.

Pada Jumaat, telah berlangsung persidangan secara maya melibatkan Kongres Nasional Wanita PKR dan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Sabtu. – Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER