Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Menteri PAS Lantik Abang Raja Petra Gantikan MP Umno Di Lembaga Getah Malaysia

Kongsikan Artikel Ini

Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Mad Zaidi Mohd Karli dilantik sebagai Pengerusi Interim Lembaga Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk terus mengelola lembaga itu.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Raja Idris Raja Kamaruddin pula dilantik sebagai pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkuat kuasa 15 April selepas perkhidmatan Ahmad Nazlan Idris ditamatkan pada 14 April lalu.

Perubahan di MPOB itu berikutan kenyataan media Ahmad Nazlan yang menolak jawatan pelantikan sebagai Pengerusi MPOB menggantikan Ahmad Jazlan Yaakob yang meletak jawatan.

Sehubungan itu, Khairuddin berkata calon baru bagi jawatan tersebut akan ditentukan semula oleh beliau.

Sebagai tokoh korporat, antara mandat utama yang diamanahkan oleh menteri kepada Raja Idris ialah menyusun kembali hala tuju hartanah yang dimiliki oleh LGM, menyelesaikan isu berbangkit melibatkan lima fasiliti di Sungai Buloh yang masih tergendala sejak beberapa tahun lepas dan pelan strategik baru LGM serta LGM Properties Corporation (LGMPC) sebagai anak syarikat yang menguruskan hartanah termasuk ladang-ladang milik LGM.

Selaku tokoh korporat yang pernah mengetuai Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan TDM Berhad, anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, beliau berharap pelantikannya bakal membawa LGM ke mercu tanda pengurusan yang lebih baik dan profesional, berintegriti serta telus berasaskan konsep tadbir urus Rabbani yang ditekankan kepada semua pengurusan tertinggi KPPK serta agensi di bawahnya.

Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 5 Dis – China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran lebih lanjut bagi beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia seawal Rabu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER