Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Mengapa DAP Khianat Guna Logo Warisan Dalam PRN Sabah? – AMK

Kongsikan Artikel Ini

KOTA KINABALU, 5 Jun – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mencadangkan pada Kongres AMK yang diadakan pagi tadi agar logo KEADILAN digunakan sebagai logo Pakatan Harapan (PH) pada Piliha Umum ke-15 akan datang.

Namun kenyataan berkenaan diselar oleh Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPsY), YB Howard Lee dengan mendakwa kenyataan Akmal Nasir sebagai “khianat” dan “membunuh kesepakatan” antara parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN).


Bagaimanapun, Ketua Penerangan AMK Sabah, Razeef Rakimin mendakwa kenyataan Ketua DAPsY, Howard Lee sebagai amat dangkal dan tidak berasas.

Menurut beliau, usul yang dibawa Ketua AMK mempunyai asas memandangkan logo KEADILAN pada PRU-14 lalu terbukti berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN).

“Logo ini juga ada kekuatannya yang tersendiri. Selain dikenali sebagai logo yang mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat, logo ini juga dikenali di seluruh pelusuk negara ini kerana KEADILAN satu-satunya parti yang mempunyai Cabang di kesemua 222 kawasan Parlimen seluruh Malaysia,” tegasnya.


Razeef juga merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin yang dilihat lebih terbuka dan tidak “sombong” berbanding kenyataan Howard.

Shazni Munir sebelum ini memberi respon dengan menyatakan tiada masalah untuk HARAPAN berbincang dan mempertimbangkan cadangan AMK sebagai sebuah gabungan demokratik.

“Saya ingin bertanya kepada Howard jika demikian, mengapa DAP menggunakan logo WARISAN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu? Bukankah itu lebih membunuh kesepakatan dalam HARAPAN dan jelas satu pengkhianatan kepada gabungan ini?,” soal beliau.

ADUN Pasir Pinji itu tidak perlu melenting kerana bagi AMK, keputusan muktamad tetap melalui Majlis Presiden PH. AMK mempunyai hak mengusulkan perkara berkenaan semasa Kongres Nasional AMK yang akan dibawa dan dibincangkan di Majlis Presiden kelak.

“Jika Majlis Presiden memutuskan untuk menggunakan logo KEADILAN pada PRU-15 akan datang bagi mengulangi sejarah kejayaan HARAPAN pada PRU-14 lalu, adakah Howard akan terus menentang?” soal beliau lagi.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER