Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Henti Kongres KEADILAN Manifestasi Kegagalan Kerajaan PN – Halim Bachik

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 5 Jun – Gagal dan terus gagal. Itulah yang dapat disimpulkan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) susulan keputusan mengejut yang diterima daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Demikian dinyatakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Melaka, Datuk Halim Bachik dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

“Umum mengetahui bahawa Kongres Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang diadakan bermula 4 hingga 6 Jun 2021 adalah acara tahunan yang menghimpunkan para perwakilan dari seluruh negara dalam menyumbangkan idea dan ekspresi terhadap isu-isu melibatkan Parti dan Negara,” katanya.

Beliau berkata, arahan semberono yang dikeluarkan oleh pihak MKN terhadap KEADILAN untuk menghentikan kongres kali ini adalah sesuatu yang dilihat bersifat dangkal dan tidak matang dalam meraikan demokrasi dalam negara ini.


Tambah beliau, adalah jelas ketakutan kepada kemarahan rakyat dapat dilihat apabila kerajaan pintu belakang ini gagal menguruskan masalah Covid-19 dengan tuntas dan pelaksanaan darurat telah menunjukkan kegagalan kerajaan ini.

“Detik waktu kejatuhan kerajaan ini sedang dihitung oleh rakyat menjelang PRU15. Kewibawaan pimpinan Negara di bawah Perikatan Nasional yang mengurus Negara ini juga dilihat semakin hari semakin pudar dengan masalah ekonomi dan social yang semakin menghimpit rakyat ketika ini,” ujarnya lagi.

Beliau berpendapat, telah tiba masanya Pimpinan PN meletakkan jawatan secara sukarela kerana rakyat mahukan satu kerajaan yang lebih inklusif dan progresif untuk semua.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER