Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

GP Azerbaijan: Leclerc Pintas Hamilton

Kongsikan Artikel Ini

BAKU, 5 Jun – Kejayaan Pemandu Ferrari, Charles Leclerc menyambar petak pertama saingan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Azerbaijan di sini, sebentar tadi, dibayangi dengan kemalangan sehingga bendera merah terpaksa dikibarkan.

Juara dunia yang mewakili pasukan Mercedes, Lewis Hamilton akan memulakan perlumbaan sebaris dengan Leclerc yang tekad bangkit semula selepas jenteranya mengalami kerosakan dan terpaksa menarik dari GP Monaco sebelum ini meskipun sudah menduduki petak pertama.

Pemandu Red Bull, Max Verstappen yang mendahului Hamilton dengan empat mata dalam kejuaraan pemandu selepas berjaya memenangi GP Monaco, akan bermula di barisan kedua bersama pemandu Alpha Tauri, Pierre Gasly.

Sesi kelayakan ketiga dihentikan ketika berbaki seminit selepas rakan sepasukan Gasly, Yuki Tsunoda terbabit kemalangan di selekoh ketiga dengan pemandu Ferrari, Carlos Sainz yang sempat mengelak sebelum keretanya melanggar penghadang keselamatan.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniPARIS, 13 Jun – Menepati ramalan, pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic menjuarai Terbuka Perancis 2021 setelah menewaskan pemain Greece, Stefanos Tsitsipas...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 13 Jun – Penyerang England, Raheem Sterling memastikan skuad Three Lions memulakan kempen Euro 2020 dengan sempurna apabila jaringannya memastikan kemenangan...

Sukan

Kongsikan Artikel IniCOPENHAGEN, 12 Jun – Pemain tengah bola sepak Denmark, Christian Eriksen rebah tiba-tiba ketika pasukannya menentang Finland dalam aksi EURO 2020 dalam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniPARIS,12 Jun – Barbor Krejcikova meraih gelaran juara Grand Slam selepas menewaskan pemain Rusia, Anastasia Pavlyuchenkova dengan keputusan 6-1, 2-6, 6-4 pada...

Copyright © 2021 Media Rania