Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Anak Jati Negeri Sembilan Harumkan Nama Negara – Menteri Besar

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN – 4 Jun – Lagi berita mengenai anak jati Negeri Sembilan yang berjaya mengharumkan nama negeri dan negara di mata dunia.

Ucapan tahniah disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun kepada anak jati Seremban, Thiruvenkatar Krishnapillai JP atau Chris Pillai yang dilantik sebagai Datuk Bandar Calderdale, Yorkshire Barat, England pada 19 Mei lalu.

“Saya difahamkan bahawa beliau melapor diri secara rasmi sebagai Datuk Bandar di Pejabat Datuk Bandar Borough of Calderdare dalam satu majlis yang dianjurkan Halifax Minster,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya petang ini.

Tambahnya lagi, beliau memegang banyak peranan dalam sektor penjagaan kesihatan seperti tugas jururawat kanan di Greenwich Area Health Authority, London (1984-1988), pengarah / rakan kongsi di Ivy House Nursing and Residential Home, Brighouse (1989-2004), dan pengarah bukan eksekutif di South West Yorkshire Mental Health Trust (2002-2006).

Menteri Besar seterusnya berkata, ini adalah satu kebanggaan bukan sahaja buat Negeri Sembilan, malahan Malaysia.

Beliau mewakili rakyat Negeri Sembilan mendoakan agar semoga Encik Chris Pillai dapat memberikan perkhidmatan terbaik buat masyarakat di Calderdale.

– MEDIA RANIA

Foto: Facebook Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniIstilah membalak bersama ulamak kini menjadi sinonim dengan imej Kerajaan Pas Kelantan, terutama setelah tular pendedahan video memaparkan kemusnahan Air Terjun Lata...

Politik

Kongsikan Artikel IniTANJONG KARANG, 13 Jun – Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkaitan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniMELAKA, 13 Jun – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka berharap agar siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen,...

Negeri

Kongsikan Artikel IniIPOH, 12 Jun – Seorang pemimpin Pas ‘dihentam’ warga internet (netizen) kerana mengkritik penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan persekutuan...

Copyright © 2021 Media Rania