Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

200 Ribu Rakyat Palestin Dalam Bahaya – WHO

Kongsikan Artikel Ini

GAZA, 4 Jun – Dalam ‘meraikan’ gencatan senjata antara rejim Zionis Israel dengan rakyat Palestin, kita dikejutkan dengan maklumat berikut.

Amaran yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai 200,000 penduduk Palestin memerlukan bantuan kesihatan kritikal akibat serangan Zionis Israel yang menyebabkan kemusnahan teruk di kawasan kediaman, amat menyedihkan.

Berdasarkan data yang dikumpul WHO, lebih 77,000 orang hilang tempat tinggal dan 30 kemudahan kesihatan mengalami kerosakan. 

“Situasi sekarang sangat tidak menentu. WHO menzahirkan perhatian dan menggesa agar akses kemanusiaan dan pembangunan berkaitan bekalan barang keperluan asas dan pekerja ke Semenanjung Gaza tidak dihalang,” katanya. 

Serangan rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza berlangsung selama 11 hari sehingga mengorbankan nyawa 254 rakyat Palestin termasuk 66 kanak-kanak.

Serangan itu turut memusnahkan 1,800 kediaman penduduk dan 74 bangunan awam.

RM66 JUTA DIPERLUKAN 


Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Robert Mardini merayu bantuan lebih AS$16 juta (RM66 juta) untuk membantu penduduk di Gaza. 

“Ketakutan, kebimbangan dan tekanan adalah ayat yang saya dengar setiap hari ketika memantau keadaan infrastruktur yang hancur di bom oleh Israel. 

“Walaupun serangan kali ini lebih pendek berbanding serangan dahulu, namun, ia mengambil masa selama bertahun-tahun untuk membina semula kawasan yang terjejas teruk. 

“Dalam masa sama, kita perlu menggandakan sokongan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza dalam tempoh jangka pendek ini,” jelasnya. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniKYIV, 5 Dis – Kira-kira 507 kawasan di lapan wilayah masih tiada bekalan elektrik pada Ahad setelah grid kuasa utama menjadi sasaran...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 5 Dis – China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran lebih lanjut bagi beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia seawal Rabu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 4 Dis – Kotaraya New York mencari individu berminat untuk menjadi ‘pembunuh’ tikus jalanan. Portal Sky News melaporkan, Datuk Bandarnya,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER