Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Tandukan Alisson Antara Jaringan Terbaik Liverpool

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 3 Jun -Tandukan oleh penjaga gol, Alisson Becker ketika membantu gergasi Liga Perdana Inggeris (PL) Liverpool mencatat kemenangan dramatik 2-1 ke atas West Brom dipilih sebagai antara gol terbaik kelab itu bagi musim 2020-21.

Penjaga gol antarabangsa Brazil itu turut menjadi penjaga gol pertama dalam sejarah 129 tahun kelab berkenaan menjaringkan gol dalam satu perlawanan kompetitif.

Alisson menghidupkan harapan skuad The Reds untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan selepas menanduk masuk bola berpunca daripada sepakan penjuru Trent Alexander-Arnold untuk menang 2-1 dalam perlawanan di The Hawthorns pada 16 Mei lalu.

Sementara itu, bintang Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah menguasai senarai kelompok lima teratas jaringan terbaik menerusi gol-gol daripada perlawanan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara antaranya dihasilkan menerusi rembatan kaki kiri.

Jaringan berkenaan dihasilkan ketika berdepan Crystal Palace, West Ham dan Leeds serta gerakan menerusi larian solo ketika berdepan Atalanta dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini.

Liverpool menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini di tempat ketiga dengan 69 mata dan layak ke Liga Juara-Juara selepas memenangi kesemua lima perlawanan terakhir mereka.

– SKY SPORTS UK

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniPARIS, 13 Jun – Menepati ramalan, pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic menjuarai Terbuka Perancis 2021 setelah menewaskan pemain Greece, Stefanos Tsitsipas...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 13 Jun – Penyerang England, Raheem Sterling memastikan skuad Three Lions memulakan kempen Euro 2020 dengan sempurna apabila jaringannya memastikan kemenangan...

Sukan

Kongsikan Artikel IniCOPENHAGEN, 12 Jun – Pemain tengah bola sepak Denmark, Christian Eriksen rebah tiba-tiba ketika pasukannya menentang Finland dalam aksi EURO 2020 dalam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniPARIS,12 Jun – Barbor Krejcikova meraih gelaran juara Grand Slam selepas menewaskan pemain Rusia, Anastasia Pavlyuchenkova dengan keputusan 6-1, 2-6, 6-4 pada...

Copyright © 2021 Media Rania