Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Rafizi Sindir Menteri Kerajaan PN ‘Menteri Lutut’

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Tulisan terbaharu bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di laman mikro Twitter mengundang ketawa para pengikutnya.

Sindiran Rafizi yang menggelarkan menteri kerajaan haram Perikatan Nasional (PN) sebagai ‘menteri lutut’ mendapat sambutan setakat ini.

Dalam kiriman jam 3.08 petang tadi, Rafizi menulis:

Oleh kerana #menterikanan bg nama buruk kepada perkataan kanan yg maksudnya baik, saya cadangkan kita tukar menjadi #menterilutut.

Atau apa2 nama lain yg tidak mencemarkan perkataan kanan.

Sbb saya yg kidal pun memandang tinggi kpd kanan.

#bosan

Semakan Media Rania tadi mendapati hantaran tersebut menerima 90 retweet, 8 quote dan 369 likes.

Difahamkan, pertelagahan antara dua menteri kanan kerajaan haram iaitu Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali menjadi punca mengapa Rafizi menulis sedemikian.

Antara komen yang dihantar selepas tweet berkenaan disiarkan turut mengundang ketawa warga netizen.

Seorang pengguna Twitter @azrinbashah menulis:

jangan cemarkan nama lutut boss..kasihanilah lutut yang menghubungkan kaki dan badan..
cuba try #menteribuntut
Ehh…

Dan dibalas Rafizi dengan menulis:

Ha3 ramai pulak penyokong lutut.

Tulisan Rafizi dibalas pula seorang lagi pengguna Twitter, Haizam_Hasim.

Ramai tuan… Cuba buat poll lutut bertanding dgn menteri tu tgk sapa menang…. Tombol pintu pernah membuktikan sblm nih…. Hahaha

– MEDIA RANIA

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER