Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Jasa Dan Sumbangan Petugas Barisan Hadapan Amat Dihargai – Pengerusi MPN Melaka

Kongsikan Artikel Ini

MASJID TANAH, 3 Jun – Jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan terus dihargai dalam membantu mengawal jangkitan Covid-19 di seluruh negara.

Inilah yang dilakukan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Negeri Melaka, Datuk Halim Bachik dalam persinggahannya pagi tadi.

Beliau melakukan lawatan ke Sekatan Jalan Raya (SJR) di Hutan Simpan Sungai Udang bagi menyampaikan sumbangan berupa pek sarapan pagi dan makanan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA yang sedang menjalankan tugas.

“Mereka adalah salah satu badan yang bertanggungjawab di barisan hadapan dan jasa mereka amatlah besar kepada negara,” katanya dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.

Beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Masjid Tanah berharap agar rakyat di negeri ini terus patuh kepada SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniIstilah membalak bersama ulamak kini menjadi sinonim dengan imej Kerajaan Pas Kelantan, terutama setelah tular pendedahan video memaparkan kemusnahan Air Terjun Lata...

Politik

Kongsikan Artikel IniTANJONG KARANG, 13 Jun – Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkaitan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniMELAKA, 13 Jun – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka berharap agar siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen,...

Negeri

Kongsikan Artikel IniIPOH, 12 Jun – Seorang pemimpin Pas ‘dihentam’ warga internet (netizen) kerana mengkritik penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan persekutuan...

Copyright © 2021 Media Rania