Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Eloklah Kerajaan PN Perintah Di ‘Alam Maya’ Sahaja..!

Kongsikan Artikel Ini

BATU PAHAT, 3 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi mempersoalkan mengapa kerajaan tidak boleh mewartakan satu ordinan untuk membenarkan Parlimen bersidang secara maya ketika darurat.

Beliau mengulas kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun yang Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu, sebelum sidang Parlimen secara maya boleh diadakan.

“Apakah di bawah darurat, kerajaan tidak boleh wartakan satu ordinan yang benarkan sidang Parlimen dibuat secara maya? Sebelum itu boleh pula wartakan ordinan di mana kerajaan boleh tambah ‘perbelanjaan’ tanpa kelulusan Parlimen,” katanya dalam catatan di Facebook.

Puad turut mempersoalkan adakah Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mengisytiharkan Parlimen bersidang secara maya.

“Kalau secara maya pun tidak boleh, eloklah kerajaan PN (Perikatan Nasional) perintah di ‘alam maya’. Tidak perlu pintu pun.”

Sebelum ini, Azhar dilaporkan berkata, banyak undang-undang yang perlu dipinda untuk membolehkan Parlimen bersidang secara maya seperti yang digesa banyak pihak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER