Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Cabul Peserta Unduk Ngadau: Pemimpin STAR Ditahan?

Kongsikan Artikel Ini

KOTA KINABALU, 3 Jun – Lagi kejadian jenayah membabitkan seorang ahli politik difahamkan dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), kali ini didakwa mencabul kehormatan wanita.

Polis mengesahkan telah menahan seorang ahli politik didakwa dari parti berkenaan bagi membantu siasatan terhadap dakwaan mencabul seorang peserta Unduk Ngadau 2021.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali berkata lelaki berusia 52 itu ditahan di pejabatnya di Asia City, Kota Kinabalu, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

“Sudah ditahan… penahanan itu adalah prosedur biasa bagi membantu siasatan,” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Hazani dilaporkan berkata pihaknya sedang menyiasat seorang individu yang didakwa mencabul seorang peserta pertandingan Unduk Ngadau 2021 dan siasatan dilakukan secara telus berdasarkan undang-undang sedia ada, serta tindakan sewajarnya diambil tanpa mengira latar belakang individu terlibat.

-Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER