PARIS, 2 Jun – Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic memuji tindakan berani dan tegas Naomi Osaka selepas pemain itu menarik diri daripada Terbuka Perancis dan mendedahkan dia bergelut dengan tekanan dan kegelisahan.
“Saya menyokong dia. Saya fikir dia sangat berani untuk melakukan perkara itu. Saya tumpang simpati kerana dia terpaksa melalui detik sukar dan berdepan tekanan mental, seperti yang saya ketahui.” kata Djokovic.
“Ini perlu diberi perhatian, ia adalah tindakan yang berani daripada dirinya. Jika dia memerlukan masa untuk tenang dan sehingga keadaan reda, saya sangat menghormatinya. Saya harap dia akan kembali dengan lebih kuat.”
Bintang tenis Serbia itu, memulakan kempen dalam pemburuan kejuaraan Grand Slam ke-19 dengan kemenangan 6-2, 6-4, 6-2 di pusingan pertama menewaskan Tennys Sandgren dalam aksi tertutup.
Pemain tenis wanita Jepun itu menarik diri dari kejohanan Grand Slam itu semalam.
– AGENSI