Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Anwar Gesa Segera Perjelas Isu Pencerobohan Ruang Udara Negara

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein digesa untuk segera meminta penjelasan munasabah daripada Republik Rakyat China berhubung 16 pesawat negara itu yang melakukan penerbangan mencurigakan, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berpandangan laluan penerbangan kesemua pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) terbabit pada 31 Mei itu ternyata amat membimbangkan.

Beliau berkata, isu berkenaan juga menimbulkan tanda tanya, rasa curiga dan keresahan terhadap kedaulatan negara serta keselamatan ruang udara negara.

“Pujian saya terhadap ketangkasan pasukan TUDM yang segera menggerakkan pemintasan udara dalam mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.


Anwar turut meminta penjelasan lanjut daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN)  berkenaan alasan kebenaran yang diberikan kepada pesawat Boeing 737-400 milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) baru-baru ini.

Tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, sebarang pencerobohan pesawat jenis pengintip itu jelas suatu bentuk pengkhianatan kepada negara.

Hishammuddin kemuka nota bantahan

Sementara itu, Hishammuddin dalam reaksinya lewat malam tadi memaklumkan pihaknya akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China berhubung isu tersebut.


Menteri Umno tersebut menyifatkan tindakan 16 pesawat PLAAF yang memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) dan menghampiri ruang udara nasional itu sebagai ‘pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia’.

Katanya, Kementerian Luar akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan berhubung pencerobohan itu.

“Berdasarkan laporan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kementerian Luar akan mengemukakan nota bantahan diplomatik terhadap pencerobohan itu kepada kerajaan China.

“Kementerian Luar juga akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia oleh 16 pesawat PLAAF.

“Selain itu, saya akan membangkitkan kebimbangan serius berhubung perkara ini kepada rakan sejawat di China,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Sembrong itu turut menegaskan, pendirian Malaysia yang tidak akan sesekali berkompromi dalam aspek keselamatan negara meskipun memiliki hubungan diplomatik dengan mana-mana negara.

“Pendirian Malaysia jelas, iaitu tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan negara walaupun memiliki hubungan diplomatik yang baik dengan mana-mana negara sekali pun.


“Malaysia tetap teguh dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara,” tambahnya lagi yang telah memanggil gelaran “abang besar” semasa sidang media bersama rakan sejawatannya dari China ketika lawatan ke Beijing awal April lalu.

Sebelum ini, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dalam satu kenyataan, memaklumkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memintas 16 pesawat PLAAF yang dikesan menceroboh ZMM Kota Kinabalu (KK) IFR, semalam.

Pesawat itu yang dikesan Radar Pertahanan Udara TUDM dari Pusat Pertahanan Udara Sarawak pada jam 11.53 pagi, terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika antara satu sama lain.

Beberapa arahan supaya pesawat tersebut menghubungi kawalan trafik udara KK IFR tidak dipatuhi, sekali gus TUDM melancarkan pesawat pemintas pada jam 1.33 tengah hari untuk melakukan pengesahan identiti visual.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER