Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Naomi Osaka Tarik Diri Terbuka Perancis

Kongsikan Artikel Ini

PARIS, 1 Jun – Naomi Osaka menarik diri daripada tenis Terbuka Perancis hari ini selepas berdepan pertelagahan apabila dia memboikot semua aktiviti media sambil mendedahkan dia “lama menderita kemurungan” dan kini akan “berehat seketika daripada aksi di gelanggang.”

“Perkara terbaik untuk kejohanan, untuk pemain lain dan kesihatan saya ialah saya menarik diri supaya orang lain boleh fokus kepada tenis berlangsung di Paris,” kata pemain nombor dua dunia itu menerusi Twitter.

Bintang Jepun berusia 23 tahun itu didenda $15,000 (RM61,792) Ahad lalu dan diancam akan disingkirkan kerana enggan mengadakan sidang akhbar wajib selepas kemenangan pusingan pertama.

Dia mendakwa sehari sebelum saingan di Roland Garros bahawa sidang media selepas perlawanan lebih menjurus kepada “menendang orang yang sedang jatuh” dan ia mendatangkan kesan terhadap kekuatan mentalnya.

“Saya tidak mahu menjadi penghalang dan saya menerima bahawa masa ini tidak sesuai dan mesej saya sepatutnya lebih jelas,” kata juara empat kali Grand Slam itu.

“Sebenarnya saya menderita kemurungan sejak Terbuka Amerika Syarikat pada 2018 (apabila menewaskan Serena Williams untuk gelaran Slam pertamanya) dan saya sukar menanganinya.”

Tambahnya: “Di Paris, saya sudah rasa tekanan dan bimbang, jadi saya rasa lebih baik menjaga diri dan tidak menghadiri sidang akhbar.

“Saya mengumumkannya terlebih dahulu kerana saya merasakan bahawa ada peraturan tidak lagi sesuai dan itulah yang saya mahu katakan.” – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLEICESTER, 20 Jan – Antonio Conte berkata dia melihat semangat yang cuba diterapkannya di Tottenham selepas Steven Bergwijn meledak dua kali dalam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBRIGHTON, 19 Jan – Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mendakwa kemerosotan prestasi skuadnya yang sekadar seri 1-1 di Brighton adalah disebabkan faktor kelesuan....

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Jan – Liverpool tidak akan berputus asa untuk terus mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (PL) ketika ini, Manchester City selepas...

Copyright © 2021 Media Rania