Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Manchester City Makin Tamak?

Kongsikan Artikel Ini

MANCHESTER, 1 Jun – Manchester City nampaknya bersedia menawarkan Raheem Sterling dan Gabriel Jesus kepada Tottenham Hotspur sebagai ganti bagi mendapatkan Harry Kane.

The Citizens terdesak untuk menewaskan jirannya, Manchester United dan juara Eropah, Chelsea bagi mendapatkan kapten England itu hingga sanggup menawarkan dua bintang itu sebagai pertukaran.

Dalam perkembangan terbaharu membabitkan perpindahan terbesar musim panas ini, Kane, 27, memberitahu Tottenham dia mahu meninggalkan kelab itu bagi mencari trofi kemenangan.

City menjadi destinasi pilihan dan dia baru-baru ini mendedahkan bahawa dia mahu bermain dengan bintang utama Etihad, Kevin de Bruyne.

Bagaimanapun, penganalisis sukan melihat tindakan City bukan sekadar terdesak tetapi dilihat tamak dan tiada prinsip hingga sanggup berbuat apa saja.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy, yang berdepan ancaman daripada penyokong sendiri selepas semusim lagi tanpa trofi selain pembabitan dalam Liga Super Eropah, berazam untuk terus menyimpan pemain paling berharga itu dengan kontraknya masih berbaki tiga tahun.

Dia berharap dengan membawa kembali bekas pengurus, Mauricio Pochettino ke kelab itu akan berjaya memujuk Kane kekal.

Namun Levy sedar ia mungkin tidak cukup bagi menghalang penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 23 gol itu meninggalkan kelab dan dia meletakkan tanda harga £150 juta (RM879.91 juta) buat pemain itu. – AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLEICESTER, 20 Jan – Antonio Conte berkata dia melihat semangat yang cuba diterapkannya di Tottenham selepas Steven Bergwijn meledak dua kali dalam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBRIGHTON, 19 Jan – Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mendakwa kemerosotan prestasi skuadnya yang sekadar seri 1-1 di Brighton adalah disebabkan faktor kelesuan....

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Jan – Liverpool tidak akan berputus asa untuk terus mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (PL) ketika ini, Manchester City selepas...

Copyright © 2021 Media Rania