Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Dedahkan Kriteria Tamatkan Darurat – Wong Chen

Kongsikan Artikel Ini

SUBANG, 1 Jun – Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 harus lebih telus dalam menjalankan peranannya, walaupun tidak diwajibkan kerana mempunyai banyak kuasa di bawah Ordinan Darurat, kata Ahli Parlimen Subang Wong Chen.

“Saya nak katakan bahawa kita sama sekali tidak gembira. Kami tahu mereka berahsia. Mereka harus keluarkan laporan.

“Ya, ini adalah darurat dan mereka memiliki begitu banyak kuasa, tetapi setidaknya hormatilah anggota parlimen, hormatilah rakyat dan buat laporan, beritahu kami apa fungsi jawatankuasa ini,” kata Wong Chen dalam satu webinar yang membincangkan keperluan mendesak untuk Parlimen Malaysia dibuka dengan segera bagi melawan pandemik Covid-19, yang disiarkan secara langsung di Facebook malam tadi.

Webinar ini dianjurkan bersama oleh pemerhati pilihan raya Bersih dan Sinar Harian.

Selain Wong Chen, Ahli Parlimen Pengerang dan juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said turut menjadi ahli panel.

Sebelum ini, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 mengumumkan bahawa ia bersetuju secara konsensus dengan penetapan beberapa kriteria dan nilai ambang (threshold) dalam membuat penilaian berkenaan sama ada proklamasi akan diteruskan atau tidak.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu tidak menjelaskan secara terperinci berhubung perkara itu.

Mengulas lanjut, Wong berkata tidak sukar untuk meneka kriteria dan nilai ambang ini, termasuklah seperti kadar jangkitan yang harus diturunkan ke angka tertentu atau kadar vaksinasi harus mencapai peratusan tertentu, seperti 50 peratus, sebelum darurat ditamatkan.

Bagaimanapun, Wong berkata adalah penting untuk jawatankuasa itu mendedahkan kriteria dan nilai ambang yang sebenarnya agar rakyat dapat memastikan kerajaan bertanggungjawab menamatkan darurat apabila nilai ambang itu dicapai.

Tidak hanya itu, Wong berkata kerajaan juga nampaknya hanya menggunakan darurat untuk tujuan politik, seperti menggantung sidang parlimen.

Tentera dapat dikerahkan untuk membantu vaksinasi

Tambah Wong, di bawah darurat, kerajaan sebenarnya mempunyai kuasa untuk menggerakkan tentera bagi membantu usaha memerangi pandemik Covid-19.

“Sudah lima bulan (sejak penguatkuasaan darurat) dan tentera sama sekali tidak dikerahkan. Tentera ada lebih 500 doktor dan jururawat, mereka dapat dikerahkan untuk membantu vaksinasi dan sebagainya,” katanya.

“Kerajaan juga mempunyai kuasa di bawah ordinan darurat untuk menasionalisasi harta persendirian. Saya fikir mereka akan menggunakan kuasa ini untuk mengambil alih hospital swasta, tetapi mereka tidak melakukannya.

“Saya tidak menyarankan mereka melakukan nasionalisasi, tetapi mereka ada kuasa. Mereka boleh katakan, ‘baiklah, setiap hospital swasta harus menyediakan 20 peratus katil untuk pesakit Covid-19’.

“Mereka mempunyai semua kuasa itu, tetapi mereka tidak menggunakannya. Sudah jelas bahawa mereka menggunakan kuasa darurat untuk berpolitik, bukan untuk memerangi wabak,” tambah Wong.

Wong juga turut meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk ‘melakukan perkara yang betul’ dan ‘bertanggungjawab’.

“Anda tidak boleh lari. Ini adalah isu legasi dan nyawa rakyat.

“Tolonglah fikirkan semula. Cari jalan yang betul,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Pemerhati kesihatan memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengadakan pilihan raya umum (PRU) sehingga situasi Covid-19 semakin...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 18 Jan – Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh Malaysia...

Nasional

Kongsikan Artikel IniBenarkah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, jadi sasaran pihak tertentu yang berdendam terhadapnya dan mahu mencemar bukan sahaja nama baik beliau tetapi...

Copyright © 2021 Media Rania