Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Azalina Gesa Kerajaan: Buat ‘Gencatan Politik’, Fokus Pada Rakyat

Kongsikan Artikel Ini

Perlu ada “gencatan politik” antara parti di negara ini supaya rakyat dapat diutamakan sewaktu wabak Covid-19, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said.

“Seolah-olah dalam politik, semuanya tak boleh – kawan tak boleh, bercakap tak boleh. Nak telefon pun benda menakutkan dalam kalangan parti politik,” kata beliau di sebuah webinar semalam, sambil menambah, ini tidak sepatutnya terjadi di negara ini.

Katanya, mesti ada cara bagi semua ahli politik untuk menerima dan memberi kritikan agar wabak Covid-19 dapat diperangi bersama.

“Gencatan politik” akan menunjukkan kepada rakyat bahawa negara sedang melangkah ke hadapan, kata beliau, sambil turut mengulangi gesaan agar Parlimen dibenarkan bersidang kembali.

Ahli Parlimen Subang Wong Chen, yang juga menghadiri webinar berkenaan, berkata kerajaan perlu mendapatkan sokongan pembangkang untuk memerangi Covid-19.

Katanya, kerajaan tidak dapat menangani wabak dengan baik, dan menggesa untuk mendapatkan pertolongan agar sebuah penyelesaian dapat dicapai bersama.

Tambah Wong, kerajaan juga perlu membenarkan pembangkang memberikan saranan untuk mengekang wabak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Pemerhati kesihatan memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengadakan pilihan raya umum (PRU) sehingga situasi Covid-19 semakin...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Politik

Kongsikan Artikel IniKOTA KINABALU, 20 Jan – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang bekas senator mengumumkan peletakan jawatan daripada DAP Sabah malam...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 20 Jan – Pengupayaan dan kemahiran dalam bidang tertentu seiring dengan tuntutan semasa memberi harapan baharu buat golongan B40, menerusi pendidikan....

Copyright © 2021 Media Rania