Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Tangguh Sidang Parlimen: Speaker Dewan Rakyat Patut Buat Kenyataan Yang Jelas

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun wajar menyatakan pendirian dengan jelas mengenai sidang parlimen yang ditangguhkan kini.

Katanya Azhar wajar memberikan pandangan sama ada sidang tersebut wajar diadakan atau tidak.

Malah presiden PKR itu berkata Azhar tidak patut berselindung jika sebenarnya terdapat arahan daripada kerajaan berhubung penangguhan itu.

“Speaker patut buat kenyataan yang jelas kalau beliau bertindak sebagai seorang speaker dengan wibawa dan bebas. Jangan berselindung jika ada arahan kerajaan.

“Kamu ini speaker Dewan Rakyat. Patutnya kata: ‘Ini pendapat saya, harus adakan sidang untuk bahaskan isu-isu’,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di Kompleks Belia dan Sukan Port Dickson, Negeri Sembilan, hari ini.

Anwar berkata demikian mengulas kenyataan Azhar semalam bahawa sidang parlimen adalah urusan pihak kerajaan dan pihaknya bersedia sekiranya kerajaan mahu ia diadakan.

Terdahulu, Azhar dilapor berkata keputusan untuk mengadakan sidang itu bukan terletak pada kuasa speaker.


Minggu lalu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said dalam kenyataan menggariskan tujuh tatacara yang boleh dilaksanakan oleh Parlimen untuk menjalan persidangan semasa darurat.

Katanya, sidang parlimen adalah perkara utama untuk meningkatkan keyakinan rakyat di tengah pandemik yang semakin menular.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hujung Februari bertitah parlimen boleh bersidang semasa perintah darurat masih berjalan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER