Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Mbappe Sah Tinggalkan PSG?

Kongsikan Artikel Ini

MADRID, 31 Mei – Spekulasi bertiup kencang adakah penyerang Paris Saint-Germain (PSG) akan berhijrah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid?

“Selamat datang Kylian Mbappe ke Madrid dan semua berkualiti untuk berjaya ada di Los Blancos,” kata Karim Benzema.

Penyerang Real Madrid itu hadir memberikan galakan buat rakan senegaranya dari Perancis itu agar berpindah ke Santiago Bernabeu pertengahan tahun ini tatkala Mbappe hanya memiliki baki kontrak selama setahun bersama PSG.

Walaupun Mbappe menjaringkan 42 gol dalam musim yang menakjubkan, hanya sedikit saja kemajuan yang dicapai dalam perbincangan penyambungan kontrak bersama PSG.

Pengarah sukan kelab berkenaan, Leonardo enggan membiarkan Mbappe meninggalkan PSG tahun depan tanpa meraih sebarang keuntungan.

Jadi dia mungkin akan melepaskan pemain berusia 22 tahun itu sebelum permulaan musim baru jika perbincangan kontrak baru tidak meraih kata sepakat.

Benzema tidak sangsi dengan kemampuan rakan senegaranya itu untuk memberi impak besar kepada Real dan berharap mampu berganding bersama Mbappe baik di kelab mahupun pasukan kebangsaan.

“Mbappe ke Real? Kita lihat apa akan berlaku tapi dia dialu-alukan untuk datang ke Madrid,” kata Benzema.

Walaupun masih mempunyai baki lagi 12 bulan kontraknya di Le Parc des Princes, Mbappe sudah pasti akan diletakkan dengan nilai yang cukup tinggi bermula dari £100 juta (RM586 juta).

Gajinya yang tinggi juga mampu mendatangkan beban buat Real yang sekarang ini mempunyai hutang £1 bilion (RM5.8 bilion).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniKYIV, 5 Dis – Kira-kira 507 kawasan di lapan wilayah masih tiada bekalan elektrik pada Ahad setelah grid kuasa utama menjadi sasaran...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 5 Dis – China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran lebih lanjut bagi beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia seawal Rabu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 4 Dis – Kotaraya New York mencari individu berminat untuk menjadi ‘pembunuh’ tikus jalanan. Portal Sky News melaporkan, Datuk Bandarnya,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER