Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Kerajaan Sambil Lewa Isu Moratorium, Bantuan Khas Kepada Rakyat

Kongsikan Artikel Ini

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyatakan rasa kesal dengan sikap sambil lewa kerajaan yang sehingga kini masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung moratorium pinjaman bank kepada rakyat susulan pelaksanakan sekatan pergerakan penutupan penuh (total lockdown) fasa pertama di seluruh negara, yang berkuatkuasa malam ini.

Anwar yang juga presiden PKR berkata pelaksanaan moratorium 2.0 langsung tidak dibahaskan mekipun terdapat banyak laporan bahawa perbankan mencatatkan jumlah keuntungan yang besar ketika ini.

Kata Anwar, lebih parah lagi apabila tiada pengumuman sebarang bentuk pakej bantuan khas yang dibuat kerajaan ketika memutuskan pelaksanaan penutupan penuh itu.

“Sehingga hari ini belum ada kenyataan tegas tentang moratorium walaupun bank-bank umumkan keuntungan besar dan yang lebih parah (tiada pengumuman banntuan).

“Lock down dua minggu, orang hilang kerja dan sebagainya, kilang ditutup jadi semua ini harus diselesaikan sekurang-kurangnya bantuan walaupun tak sepenuhnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan di PPV Dewan Kompleks Belia dan Sukan Port Dickson, hari ini.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 Jun.

Susulan itu, Umno, PKR dan Amanah menggesa kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas termasuk moratorium pinjaman bank kepada rakyat.

Pada 11 Mei lalu, Bank Negara berkata moratorium pinjaman menyeluruh mungkin bukan penyelesaian terbaik bagi peminjam, sebaliknya mereka harus berunding dengan pihak bank untuk membantu memenuhi obligasi hutang mereka.

Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata semua bank mempunyai pelan bantuan pembayaran termasuk moratorium pinjaman bersasar dan ia dapat ditawarkan kepada peminjam yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan mereka berkurangan.

Peminjam juga katanya boleh menggunakan pelbagai saluran yang disediakan termasuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bulan lalu berkata kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan lain.

Muhyiddin sebelum ini mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) bernilai RM20 bilion, Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion, PKS Prihatin Tambahan (RM10 bilion), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bernilai RM35 bilion), pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin bernilai RM10 bilion dan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER