Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Liga Juara-Juara Eropah Milik Chelsea

Kongsikan Artikel Ini

PORTO, Portugal, 30 Mei – Chelsea memenangi Liga Juara-Juara Eropah buat kali kedua selepas Kai Havertz meledak gol tunggal dalam kemenangan 1-0 ke atas Manchester City.

Kemenangan itu memusnahkan impian pengendali City, Pep Guardiola untuk menjulang trofi itu buat kali ketiga dalam kariernya.

Havertz menewaskan Ederson untuk memecah kebuntuan tiga minit sebelum rehat aksi final di Estadio do Dragao.

Chelsea kendalian Thomas Tuchel mengekalkan kelebihan itu sehingga tamat permainan yang menyaksikan City kehilangan kaptennya Kevin De Bruyne akibat kecederaan.

Kelab London itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga keempat, 19 mata di belakang City yang muncul juara, dan kemenangan ketiga ke atas skuad bimbingan Guardiola dalam tempoh enam minggu.

Chelsea memusnahkan impian City untuk memenangi treble domestik apabila menyingkirkan mereka di separuh akhir Piala FA dan menangguhkan kejuaraan liga dengan kemenangan di Manchester.


Kini di Porto, Chelsea sekali lagi menafikan City untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali pertama.

“Ia pertarungan yang amat sengit. Hari ini kami bertekad mahu memenanginya. Kami mahu menjadi penghalang mereka.

“Kami bekerja keras untuk ini. Kami mengatasi saat sukar dan mempunyai sikap yang menakjubkan dalam bertahan,” kata Tuchel.

City terpaksa menunggu 13 tahun selepas diambil alih oleh Sheikh Mansour dari Abu Dhabi untuk menjejak kaki ke pentas final Liga Juara-Juara.

Mereka adalah pasukan kelapan berturut-turut yang tewas pada penampilan pertama di final. Perkara sama terjadi kepada Paris Saint-Germain musim lalu dan Tottenham Hotspur ketika tewas kepada Liverpool pada tahun 2019.

“Ini kali pertama kami di sini, kami akan belajar, kami akan kembali,” kata Guardiola.

Chelsea juga tewas ketika kali pertama mereka ke final, menerusi penentuan penalti bertemu Manchester United di Moscow pada tahun 2008. – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER