Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Kes Menurun Disebabkan Program Vaksinasi Di UK Berjaya

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 30 Mei – Laporan awal Program Imunisasi COVID-19 di United Kingdom (UK) bermula Disember lalu, kini masuk bulan keenam. Antara tujuan utamanya, mengurangkan kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital dan menurunkan kes kematian akibat jangkitan virus ini.

Sehingga 23 Mei lalu, di England sahaja seramai 51.3 peratus rakyatnya menerima dos pertama dan 31.4 peratus pula melengkapkan kedua-dua dos. Golongan tua menerima vaksin teramai berbanding golongan lain.

Ini juga strategi mengambil kira faktor risiko jangkitan dan kematian sejak awal Mac tahun lalu lagi. Laporan Public Health England COVID-19 Vaccine Surveillance Report Week 21 pada 27 Mei lalu menyatakan berdasarkan ujian antibodi terhadap penderma darah mendapati 73.6 peratus orang dewasa di England mempunyai antibodi terhadap COVID-19 sama ada berasal dari infeksi COVID-19 atau hasil vaksin diterima. Hanya 15.6 peratus dalam kalangan mereka mempunyai antibodi hasil daripada infeksi.

Maklumat status peratusan antibodi ini sangat memberangsangkan kerana memberi petunjuk semakin ramai rakyat di England terbentuk antibodi bersifat pencegahan ke atas COVID-19 dalam sistem imun badan.

Antara ‘kejayaan’ awal program imunisasi ini juga ialah jumlah kes positif COVID-19 menurun, termasuk jumlah kemasukan ke wad dan kematian, terutama golongan berusia lebih 60 tahun.

Ini bertepatan hasil kajian COVID-19 mendapati lebih 98 peratus dalam kalangan dewasa berusia lebih 60 tahun mempunyai antibodi terhadap COVID-19 sama ada akibat infeksi terbuka atau hasil vaksinasi.

Data statistik keberkesanan program ini menunjukkan pengurangan kemasukan wad lebih 39,000 pesakit dan penurunan jumlah kematian lebih 13,000 pesakit dewasa.

Apa boleh kita pelajari daripada maklumat awal program imunisasi UK? Kaedah kawalan penularan jangkitan mesti berdasarkan program vaksin secara komprehensif ke atas semua penduduk atau sekurang-kurangnya mereka berisiko tinggi.

Program vaksin secara massa boleh memberi impak cepat dan memutuskan penularan jangkitan seperti COVID-19. Sekadar bergantung pematuhan prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengamalkan penjarakan fizikal tidak memadai.

Justeru, semua rakyat tanpa mengira latar belakang dan kedudukan wajar memahami konsep kawalan pencegahan penyakit serta memberi komitmen sepenuhnya.

Setakat hari ini pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera untuk penerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK) ialah 11,564,724 atau 36 peratus daripada 32.75 juta rakyat Malaysia hingga suku pertama tahun ini atau 45 peratus daripada sasaran 80 peratus penduduk menerimanya hingga Februari tahun depan.

Daripada jumlah itu, hanya 1.8 juta menerima vaksin atau tujuh peratus daripada sasaran. Jika kita rujuk jumlah penerima vaksin berbanding perancangan Jawatan Kuasa Jaminan Akses Vaksin (JKJAV), didapati peratusan masih kurang selepas fasa satu tamat akhir April lalu.

Sesuatu drastik wajar dilakukan kerajaan dan JKJAV supaya Malaysia boleh menerima lebih banyak bekalan vaksin bagi membolehkan fasa dua yang baru bermula mencapai objektif lebih tinggi.

Pada waktu pandemik ini, tanggungjawab semua pihak wajar digerakkan, bukan lagi hanya bergantung kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN Oleh: Razeef Rakimin Ahad 04 Disember 2022 SANUSI KETERLALUAN LABEL PENYOKONG SENDIRI SEBAGAI PENGEMIS, BODOH Saya...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 4 Dis – Terasa lucu pula bila membaca kenyataan Mahiaddin Md Yasin yang mengecam susunan kabinet Anwar Ibrahim sebagai paling mengecewakan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 2 Dis – Subsidi dan pembaharuan fiskal dijangka menjadi cabaran paling besar kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10,...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Dis – Meneliti perbualan telefon Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah beberapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER