Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

TERKINI – Jumlah Kematian Covid-19 Catat Rekod Tertinggi

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 29 Mei – Jumlah korban Covid-19 di negara ini terus memecah rekod baharu hari ini.

Laporam harian jangkitan Covid-19 terus melonjak dengan dua lagi rekod dicatatkan hari ini apabila Kementerian Kesihatan melaporkan 9,020 kes baharu Covid-19 dan 98 kematian.

Jangkitan harian mencatatkan rekod baharu selama lima hari berturut-turut, dengan rekod terakhir ialah 8,290 kes semalam, manakala angka korban tertinggi sebelum ini ialah 63 kematian yang dicatatkan Rabu lalu.

Seramai 5,527 pesakit pulih, menjadikan keseluruhan 479,666 daripada 558,534 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini, manakala 2,650 orang meninggal dunia akibat virus itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 76,218 kes aktif, dengan 430 daripada 844 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, lima ialah kes import dan baki 9,015 kes penularan tempatan.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 2,836 kes.

Ia diikuti Kelantan (907), Negeri Sembilan (898), Kuala Lumpur (789), Sarawak (726), Johor (468), Kedah (468), Pulau Pinang (345), Melaka (340), Perak (272), Sabah (265), Labuan (253), Pahang (216), Terengganu (189), Putrajaya (29) dan Perlis (19).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER