Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Guna MySejahtera Maksima, Kongsi Data Dengan Kerajaan Negeri – Halim Khomiza

Kongsikan Artikel Ini

PORT DICKSON, 29 Mei – “Kes baharu harian terus meningkat. Hari ini, kes baharu yang tercatat adalah sebanyak 8,290 dan merupakan rekod tertinggi sejak wabak ini melanda Malaysia.”

Itu luahan kekecewaan Dato’ Halim Khomiza menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Apa yang tambah menyedihkan adalah kerajaan masih gagal menguruskan perkara ini dengan baik.

Beliau memberi contoh proses pendaftaran vaksin AstraZeneca yang mencapai kegagalan akibat laman sesawang menghadapi kegagalan sistem menyebabkan ramai gagal untuk mendaftar.

“Saya tidak faham mengapa kita mencipta sistem baharu padahal kita sudah mempunyai sistem induk iaitu MySejahtera dan gunakan semaksima mungkin bagi pendaftaran dan temujanji vaksin,” tambahnya.

Beliau yang juga presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut membangkitkan isu perkongsian data oleh Kerajaan Persekutuan kerana ia penting dalam memastikan strategi yang diwujudkan adalah lebih efektif.

“Saya mendesak Kerajaan Persekutuan untuk berkongsi data terkini kepada semua Kerajaan Negeri. Strategi berdasarkan data perlu digerakkan di tahap mikro dan perkara itu hanya mampu dilakukan oleh Kerajaan Negeri.

Mesej saya kepada kerajaan adalah anda mesti mengakui jika kerajaan tidak mampu menguruskan wabak. Saya percaya pihak Pembangkang bersedia untuk membantu asalkan ruang itu dibuka,” ujarnya tegas.

Kerana pada saat ini, tambah beliau, bukan kerajaan atau pembangkang yang perlu didebatkan tetapi kesejahteraan rakyat yang perlu dijaga.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER