Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Sarawak Umum Bantuan Wang Tunai RM1.1 Bilion Sehingga Akhir Tahun

KUCHING, 6 Jan -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjawab soalan pemberita di Bilik Mesyuarat Khas di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Johari memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 tidak akan diadakan dalam masa terdekat ini. PRN Sarawak ke-11 diadakan pada 7 Mei 2016 dan tempoh akhir untuk mengadakan PRN berikutnya ialah pada Julai 2021. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kongsikan Artikel Ini

Kerajaan negeri Sarawak hari ini mengumumkan pakej rangsangan bernilai RM1.4 bilion yang merangkumi bantuan wang tunai RM1.1 bilion – sebahagiannya akan diberikan setiap bulan hingga akhir tahun

Perkembangan ini hadir ketika penggal kerajaan negeri yang hampir berakhir – dengan pilihan raya dijangka diadakan selepas darurat ditamatkan pada bulan Ogos.

Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerajaan Sarawak akan dibubarkan pada bulan Jun, tetapi Yang diPertuan Agong telah menasihati kerajaan negeri untuk mengekalkan DUN memandangkan pengisytiharan darurat.

Di bawah darurat, pilihan raya dan sidang DUN ditangguhkan.

Bujang B40 akan mendapat bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM500 yang dijadualkan pada 31 Ogos.

Ini akan menelan belanja keseluruhan RM970 juta, dan akan memanfaatkan 1 juta ketua isi rumah dan orang bujang.

Sementara itu, terdapat juga elaun khas bulanan untuk barisan hadapan termasuk RM300 untuk pegawai perubatan, dan RM200 untuk pasukan keselamatan.

Ini akan menelan belanja keseluruhan negeri sebanyak RM27 juta.

Pengamal media di barisan hadapan di Sarawak juga akan menerima bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM1,500. RM900,000 telah diperuntukkan untuk tujuan ini.

Peniaga kecil juga akan menerima RM1,500 – dibahagi kepada dua bahagian (Julai dan Disember). Ini melibatkan peruntukan RM97.5 juta.

Terdapat juga pelbagai bentuk bantuan tunai untuk pengusaha kapal feri kecil (penambang), teksi, pemandu e-hailing, tenaga pengajar sekolah memandu, pengendali bas sekolah atau van, pengendali van penumpang, pemandu pelancong, agensi pelancongan dan pengendali inap desa berjumlah RM 5.53 juta.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 6 Dis – Ringgit dijangka mengakhiri 2022 lebih kukuh kepada sekitar RM4.30 hingga RM4.35 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sebelum...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER