Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Salah Guna Kuasa: Tajuddin Ditahan SPRM, Dibebas Dengan Jaminan Lisan

Kongsikan Artikel Ini

Pemimpin Umno, Tajuddin Abdul Rahman, ditahan sementara oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes salah guna kuasa, dan dijangka menghadapi pertuduhan dalam masa terdekat.

Menurut sumber, Tajuddin dibebaskan selepas memberikan keterangan kepada penyiasat badan anti-rasuah itu di ibu pejabat SPRM Putrajaya semalam.

Katanya, siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM iaitu berkaitan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan. SPRM mahu menyiapkan kertas siasatan untuk pertuduhan tidak lama lagi, tambahnya.

Berita penahanan Ahli Parlimen Pasir Salak itu menyusul beberapa hari selepas beliau dipecat sebagai bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), berkuat kuasa serta-merta.

Dalam surat kepada Pengarah Pilihan Raya Umno itu bertarikh 26 Mei, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Tajuddin atas perkhidmatannya.

Tajuddin dilantik sebagai pengerusi Prasarana pada 11 Mei tahun lalu.

Sementara itu, Media difahamkan selepas dibebaskan SPRM, Tajuddin pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan melanggar SOP berkaitan pencegahan wabak Covid-19 pada satu sidang media.

Sebelum ini, polis memaklumkan siasatan berhubung SOP itu mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER