Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PKP Menyeluruh Perlu Data Tepat – Anwar

Kongsikan Artikel Ini

SUBANG JAYA, 28 Mei – Ini nasihat dan pandangan dari tokoh politik tersohor negara yang mungkin tidak diambil perhatian kerajaan yang sedang berkuasa.

Sebarang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘lockdown’ mesti mengikut data mentah (‘raw data’) yang tepat dan cepat.

Itu kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu semua pihak perlu diberi keizinan untuk mengumpulkan maklumat berkaitan bagi mengenal pasti lokaliti yang terlibat penularan wabak Covid-19 dengan lebih tepat.

Beliau berkata, sekiranya semua data itu lengkap, pelaksanaan PKP penuh melibatkan kluster tertentu adalah lebih efektif.

“Kalau tidak kita akan ambil rambang sahaja. Kita minta supaya diberi keizinan sama ada kerajaan, bukan kerajaan, pusat kajian atau pertubuhan antarabangsa untuk kumpulkan maklumat ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Petaling, pada Jumaat.

Hadir sama dalam tinjauan berkenaan adalah Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 Selangor (STFC), Dr Dzulkefly Ahmad dan Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud bersama Ahli Parlimen Subang, Wong Chrn serta ahli dewan undangan negeri (ADUN) Selangor.

Dzulkefly sebelum ini juga pernah menyuarakan mengenai keengganan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi data mentah mengenai Covid-19 itu yang menyebabkan kerajaan Selangor berada dalam keadaan sukar.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pejabat ketua pembangkang juga memainkan peranan menyediakan pasukan sendiri bagi mengumpulkan data berkenaan dan telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

“Sekiranya data-data itu dikongsi, kerajaan negeri dapat membuat unjuran saintifik berdasarkan kepada data sains dan kita dapat membuat andaian tentang sebarang kemungkinan berdasarkan maklumat ini,” katanya


Dalam pada itu, Anwar turut menggesa kerajaan mempercepatkan perolehan vaksin dan memastikan pengendaliannya cukup teratur serta lebih meluas.

Tambah beliau, PPV di lokasi bandar sememangnya beroperasi lancar dan cepat namun bagi kawasan luar bandar, ia memerlukan sokongan jentera kerajaan sepenuhnya.

“Kita tak boleh terima alasan orang tak daftar dan sebagainya kerana sewaktu pilihan raya umum (PRU), semua jentera boleh kenal pasti dan seru rakyat keluar mengundi.

“Jadi alasan orang lambat daftar kerana enggan adalah alasan remeh dan tunjukkan kita tak cukup kesediaan sebagai pemerintah,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER